Ada apa dengan filem Perang Bintang Star Wars

Hari pertama tayangan filem Star Wars: The Force Awakens pada 18/12/2015 dengan tiket sponser dari kawan, saya dengan bersemangatnya telah pergi menonton wayang itu di MBO Imago mall KK.

Filem ini ialah episod ke-7 dalam urutan filem perang bintang sejak pertama kali franchise ini disiarkan pada tahun 1977. Oleh kerana daya ingatan saya yang suka let it go-let it go, saya sudah tak berapa ingat jalan cerita filem ini. Cuma ingat beberapa aksi lightsaber battle sahaja haha.

Untuk anda yang tidak mengikuti jalan cerita perang bintang atau Star Wars ini, dan yang tak minat sebab tak faham, ini ulasan yang mungkin boleh membantu anda supaya melihat filem ini bukan biasa-biasa. Haha..

Ada apa dengan filem Perang Bintang Star Wars

Episod ke-7 ini menampilkan seorang gadis sebagai watak utama yang statusnya masih menjadi tanda tanya sehingga episod seterusnya direlease. Disney seperti menambah ciri yang biasa ada pada filem-filem kartunnya iaitu watak gadis yang jelita dan powerful.

Apa yang menarik perhatian saya dalam filem ini ialah kuasa Jedi yang ada pada Rey, gadis watak utama filem. Iaitu sensitif kepada Force. Atau berkebolehan memanipulasi energi.

Rey yang hidup sendiri di plenet padang pasir bernama Jakku telah diambil bekerja sebagai Juruterbang kapal angkasa. Dalam satu misi ke sebuah planet, dia telah terdengar suara dari bawah tanah. Rupanya ia datang dari dalam peti yang berisi lightsaber kepunyaan seorang Jedi yang menjadi lagenda, Luke Skywalker.

Perkara ini disedari oleh Maz, penjaga tempat itu. Menurut Maz, Rey telah terpilih dan patut mengambil lightsaber itu, tapi Rey mengalami imbasan-imbasan memori yang kurang jelas, lalu takut dan tidak mahu mengambilnya.

Rey berlari ke hutan dan akhirnya ditangkap oleh penjahat yang bernama Kylo Ren yang berpakaian serba hitam.

Dia dibawa pergi jauh dari plenet itu dan diinterogasi oleh Kylo Ren dengan menggunakan beberapa aksi Jedi seperti mencekik dari jauh.

Kylo Ren juga masuk ke dalam minda Rey untuk mendapatkan beberapa data, dan Rey menentang dengan muka yang kesakitan sambil berkata “get out of my head!”. Mereka telah berkongsi beberapa maklumat, tidak hanya Kylo Ren tahu siapa Rey, Rey juga tahu sedikit tentang Kylo Ren.

Rey kemudian ditinggalkan bersama seorang stormtrooper dalam bilik tahanan. Rey secara tiba-tiba memberi arahan dalam bentuk sugesti kepada stormtrooper tersebut untuk membuka gari dari tangannya dan melepaskannya dari bilik tersebut. Stormtrooper tersebut akur pada cadangan kali kedua.

Rakan-rakan Rey yang telah datang untuk menyelamatkanya hairan bagaimana Rey boleh melepaskan diri, tapi Rey hanya menjawab, “I don’t understand and you won’t believe me“.

Finn rakan kepada Rey telah membawa lightsaber kepunyaan Luke Skywalker bersama dan cuba untuk menentang Kylo Ren tetapi tewas, Kylo Ren kemudian cuba untuk mengambil lightsaber yang terpelanting jauh dari Finn tetapi lightsaber tersebut telah terbang ke tangan Rey. Waktu ini saya menonton sambil bertepuk tangan hahaha!

Maka mereka pun bertarung dengan sengit. Rey yang tanpa latihan berlawan dengan Kylo Ren, seorang apprentice kuasa jahat atau dark force. Bagaimana dan siapa yang menang?

Apakah misi utama Rey? Apakah yang dikehendaki oleh Kylo Ren dan apakah penghujung cerita episod ini?

2015-12-16-1450300622-8118374-Star_Wars

Sewaktu pertarungan, Kylo Ren sempat menawarkan diri sebagai guru kepada Rey kerana perasan bahawa Force dalam dirinya telah bangkit.

Adakah Force dalam diri anda telah bangkit? Saya ya hehehe..

With love,
Nooren Aman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *