Ambil Tahu 4 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Beli Hartanah

Dalam kesibukan untuk mempelajari mengenai rahsia hartanah, ini antara beberapa perkara utama yang anda perlu beri perhatian sekiranya ingin beli hartanah. Terima kasih En Syahrizat Mohd Halid  atas perkongsian menarik ini.

Baca Juga Bagaimana Anak Muda Ini Bergelar Jutawan Seawal Usia 19 Tahun

Ambil-Tahu-4-Perkara-Penting-Ini-Sebelum-Anda-Beli-Hartanah
Ambil Tahu 4 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Beli Hartanah

Ambil Tahu 4 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Beli Hartanah

Ini antara faktor yang perlu anda tahu sebelum beli hartanah:

1. Beli hartanah yang selalu ada demand, maksudnya lokasi kena tepat. Jika kita tidak duduk ada orang sanggup duduk dan bayar. Secara umum, hartanah bawah 200-300k antara pilihan dan peluang untuk naik harga tinggi lagi. Ada saja unit unit berbaloi. Kena rajin cari.

2. Jika beli hartanah baru “under construction” baik juga sebab selama 2-3 tahun tidak serve monthly installment lagi. Tapi kena study profile syarikat pemaju. Jangan beli syarikat syarikat seperti “Pasti Bangkrap Sdn. Bhd.”, cari yang “reputable” dan yang mampu “deliver”

Saya dimaklumkan, ada 1 kes di Sabah yang mana pemaju perumahan tidak menghabiskan pembinaan lot bangunan atas kekangan wang dan disebabkan oleh etika ketidakjujuran mereka mengendalikan wang. Jadi, yang rugi di sini adalah pembeli, kerana selama tempoh belum siap dibina,  walaupun belum perlu bayar monthly installment, pembeli tetap harus bayar interest bank &  juga tidak boleh saman pemaju selagi belum dapat kunci rumah. ( maklumat kami peroleh dari team Chinese )

3. Jangan sayang rumah anda!

Zul bukan nama sebenar, sayangkan rumah double storeynya. Rumah besar dan cantik namun dia biarkan tidak berisi selama 2 tahun kerana sayang untuk disewakan. Bertemu saya dan setelah dia disedarkan dia telahpun rugi sebanyak 39k selama 2 tahun dia tepuk dahi. Hari ini rumahnya sedang dibuka untuk disewakan.

Jenab bukan nama sebenar sangat sayang rumahnya yang kini telah habis hutang dan sedang mempunyai value ratusan ribu ringgit. Setelah bertemu saya, Jenab makin faham jangan terlalu sayangkan rumahnya. Hasil dari ratusan ribu hartanahnya, mampu di jadikan dia mempunyai lebih 3 atau 4 hartanah lain. Kini Jenab sedang berkira-kira dan dia bersedia untuk gandakan aset hartanahnya.

4. Beli non-bumi lot lebih untung  (info tambahan dari kami)

Untuk makluman, lot non bumi lebih mudah dijual dan laris berbanding bumi lot. Setahu saya, jika beli lot bumi, kita perlu jual lot itu kepada golongan bumiputera juga tau.

Kami mengetahui serba sedikit maklumat mengenai hartanah sewaktu perbincangan bersama kumpulan Chinese yang kini mempunyai aset hartanah bernilai 10 juta. Kebanyakan hartanah mereka di kawasan Kota Damansara (boleh dikatakan mereka “tapau” semua lot). Mereka tidak lokek berkongsi ilmu, malah menjadikan fikiran kami lebih terbuka dan sedar tentang pentingnya membeli hartanah. Dan 4 perkara penting di atas merupakan salah satu maklumat berharga yang perlu kita ambil kisah sebelum membeli hartanah.

Baca Juga Bagaimana Pemuda Ini Beli 3 Biji Rumah Selepas 1 Tahun Bekerja

Saya amat mengagumi ilmu hartanah En Syahrizat. Dan berharap semoga perkongsian ilmu melalui medium Magicalips akan membuka mata lebih ramai lagi golongan Bumiputera & non Bumi di luar sana, khasnya golongan muda, untuk bergiat aktif sama-sama maju seperti bangsa Cina juga. Kalau usia dah tak muda pun masih belum terlambat lagi untuk kita mulakan sesuatu yang baru. Hehe..Jomm jadi jutawan hartanah! Untuk maklumat lanjut mengenai hartanah, anda boleh terus ke profile facebook Syahrizat Mohd Halid

 Lihat : Rahsia Ejen Hartanah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *