Seperti yang kita ketahui Amazon.com adalah laman web yang menguruskan tempahan barangan secara atas talian terbesar di dunia selepas Alibaba.com. Amazon.com bermula dengan menjual pelbagai jenis buku di atas talian namun kini ianya telah berkembang dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti DVD, Software, video game, pakaian, perabot dan macam-macam lagi.
Terdapat lebih kurang 21 juta jenis barangan di dalam stor Amazon.com yang mempunyai keluasan 59 padang bola sepak yang perlu diuruskan oleh pekerja setiap hari bagi menguruskan tempahan pelanggan. Amazon.com kini menggunakan robot bagi mencari dan membawa barangan yang ditempah kepada operator untuk tujuan pembungkusan yang dinama Kiva Robot. Persis robot di dalam filem Wall-e.
Bagaimana Amazon Urus Tempahan Guna Robot
Dengan adanya robot Kiva ini Amazon.com dapat menjimatkan banyak masa dalam menguruskan tempahan. Tempahan mencecah kepada lebih kurang 426 barangan setiap saat pada tawaran Cyber Monday Deals. Kecekapan robot kiva yang bergerak pada kelajuan 6km/jam ini membantu meringankan tugas operator dan robot ini tidak pernah berlanggar antara satu sama lain kerana mereka mempunyai track laluan tersendiri.
Baca juga : Robot Bantu Pesakit Stroke Berjalan.
3 thoughts on “Bagaimana Amazon Urus Tempahan Guna Robot”