Kalau sebelum ini saya ada berkongsi video cara betul potong ayam, kali ini saya ingin berkongsi pula cara siang ikan paling mudah iaitu dengan menggunakan gunting. Kebiasaannya kita akan siang ikan menggunakan pisau dengan membelah perut ikan untuk membuang isi-isi perut ikan. Kecederaan mungkin berlaku apabila duri ikan dibahagian bawah ikan menyucuk jari semasa kita cuba mengeluarkan isi-isi perut. Tetapi dengan teknik siang ikan menggunakan gunting ini, kerja-kerja menyiang ikan menjadi lebih mudah dan pantas.
Kadang-kadang, orang dewasa pun belum tentu pandai siang ikan. Jadi kongsikanlah teknik ini pada adik-adik, abang-abang, kawan-kawan yang masih belum pandai siang ikan.
Baca juga : Cara Betul Potong Ayam