Ok, sebenarnya ini sambungan resepi dari mashed potato & kuah gravy . Boleh klik link kalau nak cuba resepi paling sedap tu. Hehe. Seperti yang anda tahu, saya menggemari makanan di Restoran Lucy’s Kitchen bukan?
Tak habis-habis Lucy, Lucy , Lucy. Sedap sangat ke?
Yess! Memang rata-rata review di sana memang lazat & harga berpatutan dengan saiz hidangan yang diberi. Tapi, sekiranya anda ingin menjadikan hidangan ini rasa lebih istimewa & juga jimat 3 kali ganda berbanding harga di restoran, anda memang patut cuba resepi ini:
Cuba Resipi Grilled Lamb Dan Jimat Duit Hingga 3 Kali Ganda
Resepi Grilled Lamb Lucy’s Kitchen
Hirisan daging kambing ( boleh dapat di supermarket. RM18 dapat 3 ketul besar )
4 @ 5 hirisan lemon
2 @ 3 Sudu besar cili giling ( blend bersama bawang besar dan bawang putih )
1 Biji bawang besar
2 Biji bawang putih
2 @ 3 Sudu sos tiram
Perasa kiub knorr @ garam
2 Sudu gula
Mixed herbs & Rosemary herbs ( boleh dapat di supermarket )




Untuk kuah anda boleh rujuk di Resepi Mashed Potato dan Kuah Gravy Ini
4 thoughts on “Cuba Resipi Grilled Lamb Dan Jimat Duit Hingga 3 Kali Ganda”