Wayne Rooney Tampar Wade Barrett di WWE

nak kena tampar

Tidak pasti adakah ini satu cara marketing untuk mendapatkan rating tinggi dalam siaran WWE atau ianya betul-betul terjadi, Wayne Rooney menampar Ahli Gusti Wade Barrett di WWE baru-baru ini. Rooney yang berada di barisan hadapan menonton perlawanan antara Barrett menentang Cesaro di WWE World Heavyweight Championship telah menampar Wade Barrett sehingga tersungkur.

Wayne Rooney Tampar Wade Barrett di WWE

Persengketaan ini sebenarnya bermula sejak Februari 2015 apabila Manchester United menang ke atas pasukan Preston North End 3-1 pada perlawanan FA Cup.  Wade Barret yang merupakan penyokong Preston mula tweet dan mempertikai penalti yang diperolehi oleh Rooney ketika perlawanan berkenaan kerana Rooney dikatakan berpura-pura terjatuh untuk mendapatkan penalti berkenaan.

rooney tampa wade

Setelah 9 bulan berlalu, rupanya api kemarahan Wade terhadap Rooney masih belum selesai sehingga Wade telah mencabar Rooney yang ‘kebetulan’ berada di WWE World Heavyweight Championship pada ketika itu untuk berlawan di gelanggang. Provokasi Wade itu membuatkan Rooney berdiri dan mengajak Wade turun dari gelanggang. Rooney kelihatan seperti secara refleks menampar Wade setelah Wade menuding jari ke dada Rooney. Tamparan itu menyebabkan Wade jatuh tersungkur di hadapan penonton WWE World Heavyweight Championship ketika itu.

tuding jari ke rooney

tampar rooney ke wade

Peristiwa ini boleh memberikan idea untuk Vince McMohan menarik lebih ramai penonton untuk Wrestlemania 32 pada April 2016 nanti. Pastinya perlawanan tag team yang menarik antara Rooney dan Stone Cold melawan Wade Barret dan Kevin Davies (Penjaga Goal Preston).

Sumber WWE, BBC, Semuanyabola dan Independent.

Anda merokok? Cuba baca Kesan Merokok Pada Bayi Walaupun Merokok Di Luar Rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *