Peminat ayam masak merah? Atau ayam sambal? Kedua resepi ini punya rasa dan nikmat berbeza. Tapi resepi digabungkan menjadi ayam masak merah mewah. Pehh. Kenapa saya kata mewah? Sebab sebelum ni, masak ayam merah atau sambal yang membezakan samada anda guna sos atau tidak sahaja. Resepi ini pula, ada beberapa tambahan di dalamnya yang membuatkan rasa ayam anda lebih enak daripada biasa.
Resepi Mewah Ayam Masak Merah Lain Daripada Biasa
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar
5 @ 6 batang serai
2 inch halia
2 inch lengkuas
Segenggam cili kering
1 biji bawang bombay ( hiris bulat )
1 biji tomato (jika tiada tomato, gantikan dengan air asam jawa )
Hiris bulat bawang, potong 6 tomatoGoreng ayam separuh masak. Jangan terlalu garing.Rebus Cili Giling , Kemudian blend halus bersama air. Isi air paras cili atau separuh dari tinggi cili dalam blender tu. Ikut kepekatan yang anda mahu.Kisar halus campur bersama air, jangan terlalu banyak. Pastikan serai dipotong kecil. Jangan sumbat sebatang terus dalam blender.Kisar halus campur bersama air, Kuantiti air separuh dari bawangKisar halus campur bersama air, Jangan terlalu banyak. Pastikan halia dan lengkuas dipotong kecil. Jangan terlampau besar untuk elak kesukaran masa kisar.1. Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau2. Masukkan halia dan lengkuas. Tunggu sebentar dalam 1-2 minit3. Masukkan cili giling dan tomato sekaligus. Masak hingga pecah minyak. Penting untuk sambal pecah minyak sebab mama cakap kalau tak pecah minyak, boleh sakit perut sebab sambal tak cukup masak. Selain tu, pecah minyak penting untuk bagi sambal tahan lama, tak cepat basi.4. Dah pecah minyak, masukkan ayam, hirisan bawang, perasa @ garam, sos cili, gula. Gaul sebati.5. Masak hingga sambal kering sedikit, sekiranya ingin lebih berkuah tambahkan sedikit air dan tunggu sebentar hingga air itu meresap dalam sambal. Siap!
[…] Baca juga Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap […]
[…] 2) Ayam Masak Merah Luar Biasa […]
[…] Baca Juga Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap […]
[…] Resepi daging salai kami mungkin berbeza daripada resepi dalam Artikel Resepi Ayam Masak Merah. […]