Sebagai seorang pesakit yang telah banyak kali pergi menemui doktor, belum pernah lagi saya diberikan preskripsi ubat daripada buah-buahan dan sayuran. Tapi, perkara ini telah pun terjadi di US. Mari ikuti laporan temubual bersama Doktor Garth Davis ini seperti yang telah dilaporkan oleh TrueActivist.com.
Doktor ini memberikan preskripsi dari buah-buahan dan sayuran sebagai ubat!
Daripada mencadangkan pembedahan atau ubat-ubatan untuk memulihkan masalah pesakit, doktor ini menjadikan makanan berkhasiat sebagai keutamaan.
Bapa perubatan moden Hippocrates menyatakan, “Biarlah makanan menjadi ubat kamu, dan ubat menjadi makanan kamu“. Beberapa doktor konvensional telah mengambil serius kata-kata bijaksana ini dan membuat pelan hidup sihat dan berkhasiat sebagai asas rawatan pesakit mereka.
Tetapi di Houston, Texas, doktor yang progresif telah mula mempreskripikan buah-buahan dan sayur-sayuran dan bukannya ubat-ubatan farmaseutikal, kerana mereka percaya makanan berkhasiat adalah satu keperluan yang penting untuk kesihatan.
Setelah bertahun-tahun merawat penyakit moden pesakit, seperti Diabetes dan tekanan darah tinggi, Dr. Garth Davis mendapati bahawa diet dan gaya hidup lah alat yang terbaik untuk membantu badan berada dalam keadaan sihat.
Dr Davis yang juga pengarah perubatan pembedahan bariatric di Pusat Perubatan Memorial Hermann Memorial City, beliau tidak lagi mempreskripsikan ubat-ubatan farmaseutikal kepada pesakit, sebaliknya mencadangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Setakat ini, para pesakit telah menerima baik perubahan ini.
“Sebagai doktor, kami melakukan pembedahan atau menetapkan ubat-ubatan kepada pesakit untuk membuat mereka sihat“, kata Davis. “Mengapa tidak mendidik mereka tentang pemakanan sihat, daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang sedia ada?”.
Dr Davis dan pasukannya bekerjasama dengan Kristina Gabrielle Carrillo-Bucaram, pengasas dan ketua bersama pengendali Rawfully organik (koperasi makanan organik tanpa keuntungan terbesar di US) untuk merealisasikan program ini.
Kristina Carillo-Bucaram berkata, “Dr. Davis dan saya bersetuju bahawa makan makanan mentah yang berisi gentian, organik, masak dan berwarna-warni harus menjadi sebahagian daripada rutin harian semua orang“.
Dr. Davis, Kristina, Pusat Perubatan Hospital Memorial Hermann Memorial City dan Memorial Hermann Foundation telah membuka “Farmacy Stand.”
Farmasi itu dibuka dari 10:00-2:00, setiap hari Rabu di lobi Pusat Perubatan Memorial Hermann Memorial di Houston, Texas.
Baca : Mat Saleh Jual Tempe di London
Apabila diberi preskripsi daripada hasil tanaman segar oleh Dr. Davis, pesakit yang datang ke ‘farmasi’ itu juga menerima potongan sebanyak $10 daripada harga biasa untuk hasil tanaman segar dan organik daripada Rawfully Organic co-op yang berharga $25 sekotak. Memorial Hermann Foundation bermurah hati menanggung pembinaan kedai farmasi itu dan diskaun $10 supaya pesakit dapat makanan yang sihat.
“Konsep yang dibawa oleh Garth dan Farmasinya bersesuaian dengan visi Memorial Hermann untuk kemajuan kesihatan’, kata Keith Alexander, CEO Memorial Hermann Memorial City.
Tetapi seperti yang dapat dijangka juga, ada yang keliru tentang konsep ini.
“Terdapat mereka yang datang dan membertahu saya bahawa farmacy telah salah dieja” kata Renee Garrett, senior wakil akses pesakit di Klinik Davis, saya memberitahu mereka bahawa ia dieja dengan betul. Kami mendapatkan sayur-sayuran organik dari ladang-ladang, dan kemudian memberitahu mereka tentang apa yang kami lakukan”. Garrett merupakan salah satu daripada individu-individu yang bertugas di farmacy itu pada setiap hari Rabu.
Pesakit yang mematuhi arahan doktor akan menerima nikmat buah-buahan, seperti epal, oren, dan pisang, serta sayuran termasuk salad Romaine, saderi, lobak merah, dan tomato dalam setiap kotak preskripsi.
“Kami mempunyai pad preskripsi sebenar untuk doktor yang telah mula diberikan kepada doktor yang mahu menggunakannya”, kata Davis.
Dibuka sejak Oktober, Farmacy telah mengubah kehidupan banyak individu yang tak terhitung jumlahnya. Kalau lah setiap hospital dan bandar mempunyai program yang sama!
“Saya rasa beberapa doktor lain telah menulis preskripsi begini,” sambung Davis. “Saya ingin mendapatkan lebih ramai lagi doktor yang menulis preskripsi. Hippocrates berkata, ‘Biarkan makanan menjadi ubat mu, dan ubat menjadi makanan mu’. Hasil tanaman adalah ubat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah alternatif untuk merawat penyakit“.
Jika anda tinggal di Houston, Texas dan ingin memesan sekotak hasil segar ini, sila layari siaran berita asal di sini untuk menerima semua butiran.
“Kami memahami nilai pemakanan yang baik, diet dan senaman, dan kami menyokong sepenuhnya Garth dan penduduk di Rawfully organik kerana mereka bekerja untuk menggalakkan kepentingan gaya hidup yang sihat“, kata Alexander.
Maklumat lanjut layari; www.thedavisclinic.com atau www.rawfullyorganic.com
Sumber; Amanda Frolich, TrueActivist.com