Resepi minuman mango lassi yang sangat segar

Antara minuman yang menyegarkan badan mestilah minuman daripada jus buah-buahan dan ianya mestilah sejuk. Mango Lassi adalah salah satu minuman campuran buah mangga dan yogurt yang boleh membuatkan anda minum tanpa henti kerana keenakan dan kesegarannya. Resepi minuman yang berasal dari India ini menjadi kegemaran seluruh dunia untuk menghilangkan dahaga.

resepi minuman mango lassi
mango lassi

Kalau beli di kedai, harga minuman ini boleh mencecah RM5.90 ke RM12 segelas mengikut kawasan. Namun untuk kepuasan maksima anda boleh membuat sendiri air minuman yang super sedap dan segar ini.

Resepi minuman mango lassi yang sangat segar

Bahan-bahan

1. Sebiji buah mangga bersaiz sederhana (kalau dapat harum manis memang mantap)

2. Susu pekat manis

3. Gula

4. Ais

5. Yogurt (Yogurt kosong, boleh juga yang berperisa)

Baca juga : Panduan Lengkap Resepi Bisnes Air Minuman.

Cara Membuatnya

1. Kupas sebiji mangga dan masukkan terus ke dalam mesin pengisar (blender).

2. Masukkan ais sama banyak dengan kuantiti kupasan mangga tadi.

3. Masukkan satu sudu susu pekat manis dan satu sudu gula.

4. Masukkan 4 sudu yogurt. (Yogurt Nestle best)

4. Kisarkan kesemua bahan tadi dalam 10 saat supaya ais tidak menjadi halus.

5. Boleh terus hidang.

recipe mango lassi
Mangga dipotong dadu sebagai hiasan

Anda boleh menambahkan air sejuk ke dalam minuman jika mango lassi anda terlalu pekat. Selain itu untuk kesan yang maksima terhadap deria rasa tekak anda, campurkan sedikit dengan minuman Ice Cream Soda ke dalam minuman mango lassi anda. Dijamin anda akan minum mango lassi tanpa henti. 🙂

Baca pula : Minuman yang boleh mengempiskan perut.

6 thoughts on “Resepi minuman mango lassi yang sangat segar

  1. Pingback: Lucy’s Kitchen Buat Anda Ingin Jamah Menu Western Setiap Hari - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *