Berbuka Nasi Putih Tanpa Lauk Dengan 7 Menu Sambal Orang Kita

Berbuka puasa dengan hidangan pelbagai jenis juadah itu terlalu biasa. Tapi, ada satu hidangan yang sentiasa “evergreen” , hinggakan kita akan tambah nasi sampai 2 pinggan lagi. (Siapa selalu buat?? Hehe) Setiap negeri di Malaysia ada keunikan makanan yang tersendiri. Yang mana konsepnya, cukuplah makan nasi putih dan 1 sahaja jenis hidangan, itu sudah lebih dari mencukupi. Malahan sangat sedap dan tidak pernah membosankan lidah orang kita.

Berbuka Nasi Putih Tanpa Lauk Dengan 7 Menu Sambal Orang Kita

Contohnya kalau di Kelantan, nasi putih makan dengan budu pun sangat menggiurkan. ( Saya minat budu + cili potong + limau perah + ikan goreng ) . Pehh, menu ni sahaja boleh membuatkan saya tak kenyang-kenyang sampai esok. Asyik nak tambah nasi saja. Haha! Manakala menu orang jawa di johor pula, kami cukup gemar makan bersama sambal totok bilis pedas-pedas. Rasa dia memang macam heaven sangat!

Ada juga menu yang mana saya jamin semua orang pasti ketagih. Nasi putih panas makan berulamkan kicap dan telur mata. Pheww… Bagaimana pula dengan anda? Apa menu paling ringkas yang anda takkan boleh tolak untuk jamah ?? Jom tengok 7 menu sambal “orang kita” yang sentiasa menjadi dambaan semua.

#01 Sambal Tempoyak ( sumber gambar tiffinbiru mat gebu )
#01 Sambal Tempoyak ( sumber gambar tiffinbiru mat gebu )
#02 Sambal Belacan
#02 Sambal Belacan
#03 Sambal Penyet Tomato
#03 Sambal Penyet Tomato

Baca Juga Masakan Tempe Menjadi Kegilaan Mat Saleh Di London

#04 Sambal Daging Serunding
#04 Sambal Daging Serunding
#05 Sambal Tempe
#05 Sambal Tempe
#06 Sambal Budu ( sumber mamakitchen makcikmanggis )
#06 Sambal Budu ( sumber mamakitchen makcikmanggis )
#07 Sambal Bilis Pedas
#07 Sambal Bilis Pedas

Mungkin ada yang beranggapan menu sebegini kelihatan tidak mewah dan terlalu ringkas. Tapi, bagi kami makanan sebegini lebih nikmat dan sedap! Siapa yang masih bujang tu, menu ni mesti jadi menu harian korang kan? Terutama nasi kicap dan telur mata. Hehe.

Baca Juga 10 Idea Makanan Anda Boleh Jual Di Whatsapp Untuk Jana Pendapatan Sampingan

2 thoughts on “Berbuka Nasi Putih Tanpa Lauk Dengan 7 Menu Sambal Orang Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *