Perkara Positif Di Sebalik Isu Diva AA dan Me’Nate

Minggu ini giliran cerita Diva AA atau Azwan Haji Ali diviralkan di laman sosial dan blog. Kisahnya terjadi apabila Azwan Ali memaki seorang wanita yang menjawab soalannya berkenaan tempat makan steak untuk berbuka. Wanita bernama Nur Azira Wazi Azman dengan tweet handle @NurAziraWA hanya menjawab pertanyaan Azwan Ali di akaun twitternya dengan “menate” disertai dengan ikon “ok” yang mungkin dimaksudkan kemesraan oleh Azira namun disalah ertikan oleh Diva AA ini. Bacaan penuh boleh di baca di Oh! Media.

Perkara Positif Di Sebalik Isu Diva AA

Ada beberapa perkara positif yang berlaku disebalik isu ini yang mungkin ramai orang tak perasan dek amarah terhadap Azwan Ali kerana bersikap sedemikian.

1. Me’Nate Steak Hub menjadi semakin terkenal.

Jika sebelum ini ramai yang sudah maklum tentang kewujudan restoran ini, dengan berlakunya isu ini restoran Me’Nate menjadi semakin dikenali ramai. Silap haribulan makin ramai yang datang ke restoran milik Chef Mustaffa Othman.

2. Nur Azira Wazi Azman Dapat Jemputan ke Me’Nate

Nur Azira dan keluarga dijemput untuk makan berbuka puasa bersama ahli keluarganya di Me’nate Steak Hub ini. Untungnya!

3. Nandos dan Chilis Dapat Nama

Selain restoran Me’Nate, Nandos dan Chilis juga menjadi semakin terkenal apabila disebut oleh Azwan Ali sebagai restoran ‘Mahal’. Baru saya tahu betapa mewahnya saya selama ini kerana pernah makan di kedua-dua restoran ini. Terima kasih Diva AA.

4. Ramai orang kenal betapa Pemilik Me’Nate sangat baik hati

Respons Chef Mustaffa berkenaan isu ini apabila ditanya oleh Oh! Media sangat positif.

Tak apalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita. Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat
Selain dari itu pelakon dan rakan artis AA, Azhar Sulaiman tampil untuk memberikan nasihat kepada Diva berkenaan.
Fuhhhh….Mengapalah boleh jadi sampai macam ni…
Bro Azwan….as a brother to you,i rasa kita takleh lah brutal sangat macam ni dengan public. Kitakan orang lama dalam industry. I am still ur friend and hope you will be cool after this. Unnecessary bro….rugi kita dibenci orang ramai.
I love you bro!
azhar sulaiman
Azhar Sulaiman
Nampak? Masih ada yang sayang kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *