Semalam lepas habis event, macam biasa Dhia akan buat sesi sharing ilmu secara percuma tentang apa yang Dhia tau pasal blog. Macamana nak jana pendapatan, cara naikkan trafik, and so on.
So, semalam Kak Ella sebenarnya dah book Dhia seminggu awal untuk lepak sama. Haha! And Dhia memang serius suka kongsi ilmu dengan orang. Kalau ada kelas berbayar tu hanya sebagai syarat je pun. Sekarang Dhia bagi kelonggaran dan cara paling senang. Lepak sesama, kita share ilmu. Free pulak tu. Best kan??
Sambil-sambil tu, kebetulan plan last minit dapat jemputan untuk ke majlis Grand Launching Julie’s The Best Of You 2016 kat Aeon Mall Bandaraya Melaka. Hemm, terus ke majlis tu & dapat jumpa Fahrin Ahmad jugak!
Fahrin Ahmad merupakan salah seorang artis yang terlibat dalam kempen The Best Of You 2016. Pameran finale ” The Best Of You 2016″ kat AEON Mall Bandaraya Melaka ada dari 19 sampai 23 Oktober ni. Bolehla serbu ke Aeon bandaraya melaka & serbu ikon inspirasi anda di sana.
Apa Cerita Di Sebalik Grand Launching Julie’s The Best Of You 2016
Jadi, apa sebenarnya cerita disebalik majlis ni? Majlis ni dianjurkan oleh pengeluar biskut no 1 paling sedap kat Malaysia, jenama Julie’s. Ok, tujuan majlis ni dibuat untuk menggalakkan masyarakat menghargai mereka yang jadi ikon dan inspirasi kepada orang lain.
Sampai saja kat pameran, penuh kat dinding dengan nota-nota inspirasi dari semua orang. Terselit cerita yang bagi inspirasi pada kehidupan masing-masing. Dhia pun letak satu kad kat situ. Satu perkataan tapi bongkar seribu rahsia inspirasi. Cari lah kalau jumpa. Hehe.
People First adalah Tema The Best Of You 2016. Seramai 7 personaliti Malaysia & Singapura jadi pilihan sebagai ikon inspirasi masyarakat. Salah satunya mestilah Fahrin Ahmad! Hehe.
Untuk makluman, hampir 4,000 penyertaan dari Malaysia sama-sama melibatkan diri dalam kempen The Best Of You 2016 . Dan pernyertaan ini dikumpul menerusi pameran kat UniKL, AEON Bukit Tinggi, AEON Shah Alam & Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Apa yang anda boleh dapat dari pameran The Best Of You 2016 ni?
Setakat yang saya lihat, kat pameran ni kita boleh baca dan hayati hasil seni mereka yang jadi inspirasi pada ramai orang. Dan kita juga boleh letak kisah kita sendiri di papan pameran tersebut untuk dijadikan inspirasi.
Sementara masih ada lagi pameran kat Melaka tu, anda boleh jumpa Fahrin Ahmad, Adibah Noor, Chui Ling, persembahan Sada Borneo, Workaholic Dickson, etc. Jadi, bolehla serbu ke sana untuk sambil-sambil selfie dengan ikon inspirasi anda. Hehe. Ada terpampang kisah tentang kehidupan mereka. Pahit getir dan macamana mereka hadapi liku hidup dan bangkit bersemangat.
Kesimpulannya, bagi Dhia usaha pihak Julie’s dan ikon inspirasi ni sangat penting untuk ubah energi pemikiran masyarakat kat Malaysia. Saya faham apa yang cuba disampaikan & diperkatakan oleh Encik Sai Tzy Hong,
Daripada sering membuat tanggapan buruk yang berfikiran stereotaip, ia lebih bermanfaat jika kita dapat berfikir dari aspek yang baik dan membentuk masyarakat yang saling menghargai – Sai Tzy Hong
Kita perlu lebih ramai lagi yang berfikiran seperti mereka yang menganjurkan kempen macamni. Sebab? Energi pemikiran rakyat Malaysia sekarang sangat-sangat negatif dan kurang budibahasa. Thank You semua atas usaha sebesar ini untuk memperbaiki energi pemikiran masyarakat di Malaysia.
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang pergerakan The Best Of You ni, klik info kat website thebestofyou