Hidangan Bufet Ramadhan RM65 di Mandarin Court Hotel KL

bufet ramadhan hotel mandarin court

Untuk anda yang tinggal di kota KL. Jika rasa ingin mencuba lokasi bufet ramadhan sekitar KL yang berharga bawah RM100, boleh cuba ke Mandarin Court Hotel KL. Lokasi yang terletak di tengah bandar KL mungkin menjadi lokasi tepat untuk anda berbuka.

Malah hotel Mandarin Court ini juga berdekatan dengan stesen monorail Maharajalela. Jadi, jika hampir waktu berbuka anda masih lagi di dalam kenderaan awam, maka boleh terus ke hotel ini untuk berbuka puasa.

Hidangan Bufet Ramadhan RM65 di Mandarin Court Hotel KL

Apa menu berbuka puasa yang disediakan Mandarin Court Hotel KL?

Berkonsepkan masakan kampung saya jamin pasti menambat selera anda untuk berbuka puasa nanti. Antara menu yang ada:

  • Ikan patin masak tempoyak
  • Ulaman kampung
  • Satay ayam & daging
  • Lemang & serunding
  • Ayam goreng berempah
  • Sambal/cencalok/budu
  • Kuih muih
  • etc

Menu pilihan kami?

Ada banyak lagi yang anda boleh pilih. Kami sempat merasa beberapa hidangan berbuka di Mandarin Court Hotel KL. Menu pilihan kami? Satay ayam & daging. Serius sedap!

Hidangan Bufet Ramadhan RM65 di Mandarin Court Hotel KL

Tema Dekorasi Berbuka Puasa Di Mandarin Court KL?

Kalau berdasarkan apa yang kami lihat, hotel mandarin Court KL menggunakan tema kampung untuk hidangan berbuka nanti. Jadi, terasalah mood nak balik kampung tu membuak lebih sikit. Kan? Hehe. Malah masakan yang disediakan pun berkonsepkan masakan kampung. Jadi, tau-tau je lah. Bila masakan kampung ni, semua orang memang akan makan sampai jilat jari punya.

Hidangan-Bufet-Ramadhan-RM65-di-Mandarin-Court-Hotel-KL
laparnya tengok lemang & rendang

Hidangan Bufet Ramadhan RM65 di Mandarin Court Hotel KL

Untuk tempahan terawal sebelum 25 May ni, harga tempahan hanyalah RM55/seorang. Harga asal bufet ramadhan kat sini sebenarnya bernilai RM65/seorang. Jadi, bolehlah tempah tempat untuk berbuka seawal mungkin.

Siapa yang perlu berbuka di hotel Mandarin Court KL?

  1. Pertama sekali, khas untuk orang awam yang masih berada di stesen monorail Maharajalela ataupun mana-mana stesen berdekatan, anda perlu ke hotel ni sebab lebih dekat & memudahkan anda untuk berbuka.
  2. Kedudukan hotel terletak di tengah-tengah kawasan bangunan bomba, stadium merdeka, dan wisma tun Sambathan. Jadi, untuk rakyat muslim yang bekerja berdekatan, anda boleh jadikan hotel Mandarin Court sebagai salah satu pilihan untuk berbuka nanti.
  3. Selain tu, tak semestinya mereka yang berdekatan sahaja perlu ke Mandarin Court Hotel. Kalau anda ingin mencuba berbuka dengan lauk pauk kampung di dalam lingkungan harga RM65 seorang di kawasan KL, nah ni antara yang sesuai jadi pilihan nanti.
Hidangan Bufet Ramadhan RM65 di Mandarin Court Hotel KL
Chef sedang menyediakan hidangan popia basah

Bagaimana cara untuk buat tempahan bufet Ramadhan?

Mudah je. Anda boleh buat tempahan dengan menghubungi Hotel Mandarin Court KL di talian+60 322739933  atau terus “walk-in” ke hotel Mandarin Court KL.

Boleh Juga Baca Artikel Bufet Ramadhan Hotel KL 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *