Kenapa saya katakan ia sebagai mesej yang rahsia? Kerana anda tidak tahu apa yang terkandung dalam mesej itu, dan anda juga tidak tahu bahawa ia adalah sebuah mesej. Tetapi ajaibnya ia berkuasa mengubah hidup dan pilihan kehidupanmu tanpa kamu sedar, dan anda rasa ia adalah pilihan dari hati anda sendiri.
Mesej rahsia ini dikirim dari tv, radio, surat khabar, media sosial dan persekitaran kita setiap hari.
Anda fikir anda tahu apa yang anda lihat, baca, dengar dan rasa ketika anda 100% sedar diri? Anda betul 10% sahaja. Saya juga begitu.
Kerana itu saya memilih untuk menghantar mesej rahsia saya sendiri untuk minda bawah sedar saya.
Contohnya ayat-ayat seperti, ‘I am a champion, I am a masterpiece‘ yang saya tulis di tempat-tempat berdekatan saya. Samada saya melihatnya atau tidak, energi ayat-ayat itu sampai kepada saya.
Bukan setakat ayat, gambar-gambar, simbol dan lagu yang kita dengar juga terkandung mesej yang rahsia. Sekali lagi kenapa rahsia? Kerana secara rahsianya dia menyelinap ke alam bawah sedar kita lalu mengawal kita menjadi seperti gambar dan lagu itu.