Berhati-Hati Dengan Teknologi. Mesej Rahsia Yang Mengubah Kehidupan mu

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.
Setiap hari ada banyak mesej rahsia yang diterima oleh minda kita. Mesej ini masuk secara tak sedar tetapi secara misteri ia memegang peranan yang besar dalam menentukan arah pilihan hidup kita.
Mesej rahsia

Kenapa saya katakan ia sebagai mesej yang rahsia? Kerana anda tidak tahu apa yang terkandung dalam mesej itu, dan anda juga tidak tahu bahawa ia adalah sebuah mesej. Tetapi ajaibnya ia berkuasa mengubah hidup dan pilihan kehidupanmu tanpa kamu sedar, dan anda rasa ia adalah pilihan dari hati anda sendiri.

Mesej rahsia ini dikirim dari tv, radio, surat khabar, media sosial dan persekitaran kita setiap hari.

Mesej rahsia yang saya maksudkan juga dikenal dengan nama sugesti (cadangan) dan subliminal message. Anda fikir dalam hipnotis sahaja ada sugesti? Atau anda fikir dalam filem dan persembahan artis illuminati sahaja ada subliminal message? Anda betul juga.
Baca 101 Cara Untuk Hipnotis Orang
Pernah anda membaca status Facebook rakan yang marah-marah dan anda turut ikut marah-marah? Pernah anda membaca berita kemalangan dan anda ketakutan? Takut naik pesawat, risau dengan ahli keluarga yang diperjalanan? Saya pernah, kerana itu saya tidak menonton tv di rumah, jarang membaca surat khabar dan hide rakan yang negatif alias suka marah-marah dan bergaduh di media sosial, maafkan saya tapi saya sayangkan anda. Hentikanlah melihat kotak rokok.
Pagi yang indah, sarapan yang sedap tapi minda anda makan makanan yang negatif. Kerana surat khabar yang anda baca dipenuhi dengan berita yang buruk. Minda sedar anda secara rasional setuju untuk membaca kerana ia isu semasa, tetapi kasihan minda separa sedar yang mengawal 90% kehidupan, ia menganggapnya sebagai sesuatu yang perlu diikuti.
Apa maksudnya perlu diikuti? Maksudnya, diri anda MAHU MENJADI seperti yang anda baca atau lihat secara tidak sedar. Saya ulangi, SECARA TIDAK SEDAR. Lalu bila ia terjadi, anda tertanya-tanya, kenapa perkara itu terjadi kepada diri dan hidup anda, padahal anda sendiri lah yang menyebabkannya.

Anda fikir anda tahu apa yang anda lihat, baca, dengar dan rasa ketika anda 100% sedar diri? Anda betul 10% sahaja. Saya juga begitu.

Kerana itu saya memilih untuk menghantar mesej rahsia saya sendiri untuk minda bawah sedar saya.

Contohnya ayat-ayat seperti, ‘I am a champion, I am a masterpiece‘ yang saya tulis di tempat-tempat berdekatan saya. Samada saya melihatnya atau tidak, energi ayat-ayat itu sampai kepada saya.

Bukan setakat ayat, gambar-gambar, simbol dan lagu yang kita dengar juga terkandung mesej yang rahsia. Sekali lagi kenapa rahsia? Kerana secara rahsianya dia menyelinap ke alam bawah sedar kita lalu mengawal kita menjadi seperti gambar dan lagu itu.

Sudah masanya anda memilih yang terbaik untuk diri anda yang terbaik. Terima kasih kerana menyayangi dirimu sendiri.❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *