Kisah Di Sebalik Perkahwinan Jutawan Hartanah Bernilai 50 Juta Usd

Salim Mehajer, berusia 29 tahun, seorang jutawan hartanah dan juga merupakan ahli politik di Sydney, Australia. Perkahwinan beliau dan pasangan, Aysha mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan “wedding of the century”. Perkahwinan mereka kelihatan serba mewah  apabila Salim bergerak ke rumahnya dengan menaiki helikopter persendirian. Selesai mendarat, beliau kemudian menaiki kereta mewah yang diiringi 200 biji motor berkuasa besar dan kereta mewah yang lain seperti Lamborgini, Roll Royce, Ferrari, Maserati,Audi serta pertunjukan atas awan oleh jet persendirian miliknya.

Kisah Di Sebalik Perkahwinan Jutawan Hartanah Bernilai 50 Juta Usd

Kisah Di Sebalik Perkahwinan Jutawan Hartanah Bernilai 50 Juta Usd

kereta luxury

kereta mewah

Semua ni hanya untuk menjemput si isteri di rumahnya yang terletak di Frances Street, Lecombe. Isterinya, Aysha Amelia merupakan seorang pakar kecantikan dan sebelum ini digelar dengan nama April Learmonth, yang berasal daripada Wonoona, Selatan Sydney.  Aysha kini seorang mualaf telah menukar keseluruhan hidupnya seperti nama, agama, warna rambut malah pekerjaannya sendiri. Dan kini bekerja di dalam syarikat hartanah milik suaminya.

Rumah Jutawan Hartanah Salim Mehajer

Rumah Jutawan Hartanah Salim Mehajer

Itu merupakan serba sedikit tentang pasangan muslim di Sydney. Saya jamin, anda pasti mengecam perkahwinan sebegini bukan? Relaks dulu.. Anda nampak di luaran sahaja. Tapi, dalam perkahwinan ini sendiri, mereka mengeluarkan sejumlah wang yang besar (bagi kita lah) dengan memberi peluang serta menyalurkan rezeki kepada orang terlibat dalam perkahwinan pada hari itu. Malah menjamu tetamu dengan makanan dan kegembiraan, boleh juga kita katakan ini salah satu cara mereka memberi dan berkongsi rezeki bukan?

Video penuh sekitar perkahwinan pasangan muslim termewah di bawah:

Mungkin selepas melihat video perkahwinan mereka di bawah, anda pasti akan terasa ianya terlalu berlebih-lebihan dan tidak sesuai diaplikasikan memandangkan mereka merupakan pasangan muslim. Tapi, kefasihan isterinya mengalunkan ayat Al-Quran menambahkan kekaguman saya. Isterinya baru sahaja memeluk Islam dalam sekitar Januari 2014. Jadi siapa kita untuk menghakimi manusia yang lain berdasarkan luaran mereka bukan? Saksikan video mereka mengalunkan ayat Al Quran di dalam kereta di bawah.

Malahan dengan menggunakan khidmat pakar mekap, mereka juga mencuba untuk mengaplikasikan mekap untuk melihat bagaimana mereka kelihatan bermula dari usia 50, 70 hinggalah ke usia 90 tahun.

Kesimpulannya, saya pasti anda akan berkata ” lebih baik dia menggunakan wang untuk membantu yang memerlukan”, ” perkahwinan yang sangat membazir” , dan sebagainya. Memang dalam Islam itu sendiri mengajar kita supaya sentiasa besederhana. Tapi, kita tak tahu disebalik kemewahan yang kita lihat ni, mereka mungkin telah menderma berbillion dolar untuk membantu yang memerlukan. Lebih banyak daripada apa yang kita pernah lakukan sendiri. Hanya tuhan yang tahu kebaikan yang dilakukan.

Jadi, bagi saya tak salah sekiranya mereka menggunakan wang mereka sendiri untuk kegembiraan bersama. Selalu terjadi apa yang kita lihat di mata, bukan apa yang kita sangka. Doakan sahaja yang terbaik untuk pasangan muslim ini, agar menjadi lebih bagus dan hebat di masa akan datang. Anda perlu banyakkan bersangka baik, fikir yang baik-baik dan cakap yang baik-baik sahaja. InshaAllah apa yang datang dalam kehidupan anda semuanya baik-baik sahaja.

Sumber www.dailytelegraph.com.au , dailymail.co.uk

Baca Juga Kembara Mahkota Johor 2015 Cetus Fenomena Tersendiri

Respons Pembaca

berkata tentang ini

No Responses

Leave a Reply