Hanya Sebatang Pen, Lelaki Ini Berjaya Menukar Seni Doodle Menjadi Objek Sebenar. Memang Hebat

Bagaimana jika apa yang anda lukis, anda boleh pisahkan lukisan daripada kertas dan menjadi objek sebenar? Anda boleh manipulasi dengan pen 3D kemudian menjadikan lukisan anda realiti dan boleh disentuh.


Digelar sebagai 3Doodler, pen 3D ini merupakan yang pertama terbaik di dunia. Anda boleh lukis di atas udara, di atas kertas, di atas apa saja objek atau lukisan yang telah dicetak, dan kemudiannya menjadikan ianya objek sebenar.

Baca Ini 9 Lukisan Anak Yang Diperkemaskan Oleh Bapa. Tekstur Yang Real

Buy here
Pencipta 3Doodler iaitu Peter Dilworth dan Maxwell Bogue memulakan projek luarbiasa ini pada tahun 2013 melalui pembiayaan ramai (kickstarter). Dakwat 3d pen ini diperbuat daripada benang plastik, akrilonitril butadiena stirena ( ” ABS ” ) atau asid polylactic ( ” PLA ” ) yang akan mencair dan menjadi sejuk semasa proses melukis berlaku. Dan dakwat ini akan bergerak mengikut pergerakan pen itu sendiri ( ikut apa yang anda lukis)

Baca Ini 42 Gambar Lukisan Ini Nampak Luarbiasa Sehingga Ia Mengelirukan Anda. Perhatikan betul-betul


Tanpa perlu apapun software, komputer, skill, anda dah boleh menggunakan pen 3Doodler ini. Bagaimana ia berfungsi? Anda hanya perlu menyambungkan wayar dengan soket dan mula melukis ikut suka. Pelbagai barang yang boleh terhasil antaranya barangan kemas, gunting (tajam ok?hehe), senireka fesyen, dan banyak lagi.

Source 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *