Meatball Pisang Cheese Restoran Big Daddys di JB Melekat Kat Tekak

7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-8

Disebabkan dah lama sangat tak jejak JB, macam-macam rupanya dah wujud kat sini. Hihi. Jika anda baca post Lucy’s Kitchen Imago Mall Sabah Indah Rupa Dari Khabar, saya memang mengejar restoran yang jual makanan western.

Dan bilamana saya rasakan menu yang dinikmati tidak kena dengan tekak, maka jangan harap saya akan review di blog. Kami mengutamakan kualiti & kejujuran berbicara. Bukan sekadar manis berkata. (Kami mungkin tidak mengkritik di blog, tapi 1st impression kami penting untuk jangka masa panjang. Hehe)

Jadi, apa kisah Big Daddy’s Family Cafe ni? Kenapa saya cakap meatball & pisang cheese restoran Big Daddys Family Cafe di JB  ni melekat kat tekak? Sebab bila masuk je tekak, 3 hari 3 malam rasa tu tak hilang lagi. Fuhh, punya sedap penangan pisang cheese & meatball. Menu paling campion di restoran ni.

Sampai-sampai je depan restoran, saya terkejut tengok kedai dah “Full House”.

Dalam hati fikir, ada ke tempat kosong ni? Yang datang bukan kalangan blogger je, tapi dengan satu team besar legacy perfume.

Mujur, seat kami semua dah ditempah awal oleh pihak pengurusan Legacy Perfume. Terima kasih.

7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-1

Jangan cerita pasal makanan dulu, tengok decor kedai je masing-masing dah tergamam. Selain cerewet bab makan, kami turut pasang mata pada dekor di restoran yang pernah kami kunjungi. Sedikit teruja sebab dekorasi restoran ringkas, nampak eksklusif tapi “full house”. Turut digelarkan restoran gaya hipster, dekor di Big Daddy’s Family Cafe buat kita rasa best untuk lepak & harga memang berpatutan.

Biasanya, ada satu keadaan “mind set” manusia, bila nampak kedai yang eksklusif mereka takut untuk masuk kerana awal-awal lagi dah cop “mahal”.

So far, saya rasa harga sangat berpatutan dengan kualiti & portion makanan yang dihidangkan. Sempat juga saya interview salah seorang pemilik restoran (jea, 28 tahun) dan ini antara soal jawab yang diperolehi. (kami ringkaskan ayat):

Boleh cik Jea terangkan secara ringkas tentang perniagaan Big Daddy’s Family Cafe?

Ok, Big Daddy’s Family Cafe mula berniaga sejak tahun 2015, dalam lebih kurang 7 ke 8 bulan beroperasi. Dan perniagaan ini dimiliki oleh 4 orang adik beradik. 

So far, berapa orang pekerja yang ada di restoran hipster ni?

Setakat ni, ada 6 orang staff yang membantu.

Selain makanan, servis lain yang anda sediakan?

Selain cafe, kami turut menyediakan servis gunting rambut di satu sudut khas di dalam restoran. Sambil makan, sambil santai potong rambut.

Biasanya, pukul berapa kedai akan mula dibuka?

Kedai mula beroperasi mulai jam 12 tengahari sehingga 2 pagi.

Bilakah waktu bos & pekerja bercuti?

Kami akan tutup kedai setiap ahad 2 minggu sekali.

Bagaimana cara paling pantas untuk hubungi, memandangkan kedai Big Daddy’s selalu Full House ?

Boleh terus hubungi di talian telefon 013-433.1204 untuk tempahan seat.

Antara media sosial yang boleh kami kunjungi?

Untuk perkembangan terkini, boleh terus follow & like fanpage rasmi:

FacebookBig Daddy’s Family Cafe 

Instagram: @bigdaddysfamilycafe

Lokasi restoran Big Daddy’s Family Cafe?

Boleh cari kedai kami di alamat No 28 Jln Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru

Apakah “landmark” yang paling mudah dicari. Yelah, kadang tu kita cari alamat kedai guna maps, tapi akan ada yang perdajal sesuatu tempat ke arah yang lain dari lokasi sebenar.

Mudah je nak cari restoran kami. Kedai kami terletak berhadapan dengan Perodua Bandar Baru Uda, berdekatan dengan kilang bateri.

Apa perancangan masa hadapan untuk meluaskan lagi sayap restoran?

Kami merancang inshaAllah di masa akan datang untuk mengadakan servis penghantaran makanan sekitar JB.

Meatball Pisang Cheese Restoran Big Daddys di JB Melekat Kat Tekak

Ok, semua info yang anda perlukan lengkap dalam sesi soal jawab di atas. Jom tengok sebahagian menu restoran ni.

7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-2
Suap sekali kat mulut, terasa kerangupan. Kemudian, ditambah lagi dengan cheese & juga pelbagai rasa seperti coklat, & strawberi. Tekak dah teringat2 sebab terlalu sedap!
7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-1
Menu meatball paling champion. Bukan jenis meatball beli kat pasaraya tau. Tapi rasa dia seperti homemade meatball yang kaya dengan rempah dan rasa. Meatball ni lembut & 1 pinggan tak cukup untuk saya!

7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-11 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-10 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-9 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-4 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-3

Saya sarankan korang datang ke JB cuba menu pisang cheese & meatball. Pehh. Sedap gila wehh. Senarai menu beserta harga pun saya sertakan di bawah. Jadi, korang boleh terus booking siap2 dari rumah sebelum sampai ke restoran Big Daddy’s Cafe ni.

7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-7 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-6 7-Menu-Berapi-Restoran-Big-Daddys-di-JB-Melekat-Kat-Tekak-5

5 thoughts on “Meatball Pisang Cheese Restoran Big Daddys di JB Melekat Kat Tekak

  1. Pingback: Meatball Pisang Cheese Restoran Big Daddys di JB Melekat Kat Tekak - Best Blogger Network
  2. Pingback: Along Cham Pentingkan Makan Masakan Isteri Berbanding Makan di Luar - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *