Munira Khairuddin Watak Superhero Malaysia dalam DC Comics

watak malaysia dc comic

Percaya atau tidak, ada satu watak dalam DC Comics bernama Munira Khairuddin dan Ianya adalah karakter seorang wanita Malaysia sesuai dengan namanya. Bagi peminat watak Superheroes DC Comics mungkin sudah tahu tentang watak Munira Khairuddin yang menggunakan codename Obscura dalam komik Batgirl. Kemunculan pertama watak Obscura atau Muni ini dikatakan di Komik Batgirl #32.

Munira Khairuddin Watak Superhero Malaysia dalam DC Comics

Karakter gadis malaysia ni direka oleh Gail Simon & Fernando Pasarin. Munira Khairuddin ialah agent kerajaan US kelahiran Malaysia yang asalnya pelajar di Gotham University. Beliau merupakan rakan sebilik dan kawan rapat kepada Barbara Gordon. Barbara Gordon pula adalah rakan yang rapat kepada Robin.

watak malaysia dc comic

Pada umur 18 tahun, Munira telah direkrut ke skuad elit counter terrorism & bertugas di bahagian pengintipan (espionage) di Spy Smasher division. Atas sebab tertentu, Spy Smasher memalsukan kematikan Munira. Munirah kemudian kembali ke Gotham City kerana agensinya mahu hentikan perancangan Knightfall (watak jahat/antagonis) dengan merancangkan serangan toksik ke atas Gotham City.

obscura malaysia

Setelah saya cuba cari gambar watak ini, ternyata gambar watak Munira Khairuddin atau Obscura DC Comics ini masih belum banyak. Kalau ada pun cuma karakter yang lebih kurang sama macam Black Widow (Marvel) yang berasal dari Rusia. Saya belum sempat nak mengikuti komik Batgirl ni sebab sekarang tengah sibuk mentelaah The Flash.

Kredit Wiyaz Mihaz

2 thoughts on “Munira Khairuddin Watak Superhero Malaysia dalam DC Comics

  1. Pingback: Munira Khairuddin Watak Superhero Malaysia dalam DC Comics - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *