Paksa Anak Musnahkan Xbox Kerana Gagal Peperiksaan

Seorang kanak-kanak, Jason dipaksa oleh bapanya untuk memusnahkan konsol permainan Xbox kerana dia telah gagal dalam peperiksaannya. Kelihatan Jason enggan untuk memusnahkan Konsol itu dan mengatakan dirinya tidak bersalah di atas kegagalan dalam keputusan peperiksaannya malah menyalahkan gurunya kerana tidak mengajarnya dengan betul.

Paksa Anak Musnahkan Xbox Kerana Gagal Peperiksaan

Bapanya memaksa Jason untuk memusnahkan konsol Xbox itu atau dia sendiri yang akan melakukannya. Dari sudut pandang positif, tindakan bapanya ini membolehkan Jason fokus pada pelajarannya di masa akan datang. Ini kerana batu penghalang bagi kejayaan Jason telah ‘dimusnahkan’ yang mana tiada lagi penghalang bagi Jason untuk fokus pada pelajarannya. Saya teringat salah satu teknik yang diajarkan oleh Adam Khoo (Penulis Bestseller di Malaysia dan Singapura) dalam menangani halangan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan dalam bukunya yang bertajuk Master Your Mind Design Your Destiny.

Baca juga : Walkman Generasi X Memang Legend.

Apapun tindakan bapa Jason mendapat tentangan dari sesetengah pihak yang menyatakan tindakan itu adalah tidak wajar kerana fokus Jason akan makin terganggu dan bekemungkinan Jason akan makin memberontak. Artikel ini adalah adaptasi dari artikel asal dari DailyMail UK.

Baca : Smartphone Bateri Tahan Lama, Tidak Perlu Powerbank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *