Jika anda pernah menonton filem Elysium, anda pasti tahu tentang Exo-Hulc Suit yang dipakai oleh Matt Damon dan Kruger. Suit ini boleh meningkatkan keupayaan manusia melakukan sesuatu kerja samada berjalan, mengangkat barang termasuk berlari dan lain-lain. Fungsi ini jelas ditunjukkan dalam filem Elysium di mana ianya dipasang pada badan Max (Matt Damon) yang tidak berdaya setelah terkena radiasi di tempat kerjanya. Selepas dipakaikan Exo-Hult Suit ini, Max mampu untuk berjalan seperti biasa malah keupayaannya lebih dari manusia biasa.
Robot Bantu Orang Tua & Pesakit Stroke Berjalan
Di Jepun, seorang jurutera robotik yang berumur 56 tahun, Yoshiyuki Sankai telah mencipta suatu alat yang persis Exo-Hulc ini untuk membantu orang lumpuh dan tidak berdaya untuk berjalan. Alat ini diberi nama HAL (Hybrid Assistive Limb) dan ianya dipasang di batang tubuh manusia untuk meningkatkan keupayaan mereka.
Sejak dari kecil, saya berfikir bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membantu masyarakat – Kata Yoshiyuki Sankai, CEO Ibaraki-based Cyberdyne Inc.
HAL berfungsi dengan membantu si pemakai untuk bergerak samada berjalan, menaiki tangga termasuk mengangkat barang. Apabila seseorang menggerakan anggota tubuh badan, otak akan menghantar isyarat bioelektrik melalui saraf tunjang ke saraf-saraf yang mengawal anggota tubuh badan itu secara spesifik. Dengan isyarat ini HAL akan mengesan dan mentafsir pergerakan yang ingin dilakukan oleh si pemakai HAL. Dengan ini si pemakai yang tidak boleh bergerak dan lumpuh akan dibantu untuk berjalan, berdiri atau menaiki tangga.
Baca juga : Teknologi Bagi Menghalang Orang Parking di Parkir OKU
Apa yang menariknya, HAL tetap akan mengesan isyarat dari si pemakai walaupun si pemakai pengsan. HAL akan membantu si pemakai untuk bangun. Penggunaan HAL secara berterusan mungkin akan membantu mereka yang lumpuh untuk sembuh kerana saraf mereka akan beransur pulih dengan gerakan-gerakan yang dibantu oleh alat HAL ini. Keberkesanan alat HAL ini telah terbukti kerana telah membantu ramai pesakit stroke dan lumpuh. Ternyata teknologi yang kita tonton dalam filem Elysium bukanlah angan-angan dan cerita kosong. Sumber.
Untuk melihat visual bagaimana ianya berfungsi anda boleh ke laman web Cyberdyne.
3 thoughts on “Robot Bantu Orang Tua & Pesakit Stroke Berjalan”