Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Untuk Warga Sabah. Bantu Satukan Persepsi Rakyat

Kami mengetahui berita ini sejak beberapa hari lepas, tapi baru harini terfikir untuk dimasukkan dalam artikel kerana rasa tanggungjawab untuk menyatukan perpaduan sesama rakyat.

Alhamdulillah, kami berasa gembira dan terharu apabila mengetahui berkenaan sumbangan RM1 Juta kepada rakyat Sabah yang terlibat dengan bencana gempa baru-baru ini. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di kediaman baginda di Kuala Lumpur. Sumber dari Johor Southern Tiger

Sultan Johor Sumbang 1 Juta Untuk Warga Sabah. Bantu Satukan Persepsi Rakyat

Kami sebagai rakyat semenanjung bukan saja di Johor, malah dari seluruh negeri sentiasa mendoakan keselamatan warga Sabah. Dan berita ini kami jadikan sebagai inspirasi untuk anda kerana, keprihatinan Tuanku juga menyatukan persepsi masyarakat yang kini kian rosak dan memberontak. Semoga sumbangan dari Tuanku Sultan dapat membantu meringankan beban warga Sabah.

Selain itu juga, pada jumaat yang lepas, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) turut memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi yang melanda negeri Sabah melalui Presidennya, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Sumbangan sebanyak RM150,000.00 disalurkan terus kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Sabah. 

Kami telah sekian lama mengagumi kepimpinan kerabat diraja Johor. Kami sedar, kecoh di laman sosial berkenaan ada segelintir rakyat yang mengapi -apikan perpaduan sesama rakyat Semenanjung dan Sabah. Sedangkan hakikatnya masih ramai lagi yang mengambil berat perihal keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Sabah. Kami berharap agar anda saling mengukuhkan perpaduan, sentiasa menghormati dan menyayangi walaupun berbeza negeri. Kerana tidak semua yang anda sangkakan itu buruk. Buang jauh-jauh apa saja yang berita yang mengapikan anda, dan sama-sama kita bangkit dan bersatu sebagai rakyat 1 negara.

DAULAT TUANKU

TMJ
TMJ

Baca Juga Gambar Terbaru Kerabat Diraja Johor

SULTAN JOHOR
SULTAN JOHOR

Baca Juga Laman Rasmi Intagram Tunku Tun Aminah, Puteri Diraja Johor 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *