Melukis Guna Illustrator Dah Terlalu Biasa, Mereka Melukis Guna Ms Excel

Perisian dan aplikasi lukisan yang ada di pasaran hari ini sudah sinonim dengan nama seperti Adobe Illustrator, Photoshop, Corel Draw dan Paint. Bagi versi smartphone pula aplikasi AutoDesk SkecthBook dan Paperless menjadi pilihan saya untuk memenuhi hobi melukis saya.  Kesemua perisian-perisian ini sudah jelas dan nyata dibina bagi membantu manusia untuk melukis dengan lebih baik.

Melukis Guna Illustrator Dah Terlalu Biasa, Mereka Melukis Guna Ms Excel

Berbeza dengan seorang pelukis bernama Shukei, beliau menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan lukisan. Umum mengetahui Excel digunakan untuk kerja-kerja spreadsheet, kira-kira, dan carta jauh sekali untuk tujuan melukis. Tetapi Shukei membuktikan dengan menggunakan Microsoft Excel beliau boleh membuat lukisan vector yang sangat cantik dan kemas.

Shukei juga pakar dalam menggunakan Ms Paint untuk menghasilkan lukisan yang cantik. Kalau dah namanya kreatif, guna tools apa pun mesti boleh melukis.

Baca juga : Lukisan Kecil Tapi Sempurna

Respons Pembaca

berkata tentang ini

No Responses

Leave a Reply