Gambar Daniel Cabrera sedang tekun membuat kerja sekolah di bawah cahaya lampu menjadi viral di seantero asia. Gambar ini telah diambil oleh seorang pelajar Teknologi Perubatan Joyce Torrefranca yang terinpirasi dengan kesungguhan dan ketekunan Daniel Cabrera yang ketika itu sedang membuat kerja sekolah di bawah sinaran cahaya lampu di sebuah parkir kereta di Philippines. Gambar ini menjadi viral setelah dikongsi di akaun facebook Joyce dan telah mengubah nasib Daniel dan keluarganya di Phillippines.
“Mama, saya tak nak miskin, saya mahu capai impian” itulah ayat selalu disebut oleh Daniel Cabrera yang hanya berumur 9 tahun.
Daniel Cabrera tinggal bersama ibu dan dua orang adik-beradik di dalam pondok di belakang stall makanan tempat ibunya bekerja. Daniel tekad untuk keluar dari kepompong kemiskinan di Philippines.
Banyak pihak telah menghulurkan bantuan kepada keluarga Daniel Cabrera dengan memberikannya buku, krayon dan pencil. Ada juga yang memberikan Daniel lampu yang menggunakan kuasa bateri supaya Daniel tidak belajar di kawasan parkir kereta lagi semata-mata untuk mendapatkan cahaya dari lampu di situ. Selain itu satu kutipan derma dilakukan untuk membantu membayar yuran pembelajarannya di sekolah.
Apa yang patut kita contohi adalah sikap Daniel Cabrera yang tidak pernah mengalah dan beralasan untuk memastikan dirinya maju. Walaupun serba kekurangan, Daniel Cabrera tetap bersemangat berusaha. Walaupun tiada wang belanja ke sekolah, Daniel tetap berkeras untuk ke sekolah. Bersyukurlah kita kerana dengan kemudahan yang kita ada sepatutnya segala urusan berjalan lancar untuk mencapai kejayaan. Batu penghalang kejayaan terbesar sebenarnya terletak pada diri kita sendiri sama ada kita mahu mengalihkannya untuk jalan kejayaan atau menjadikannnya alasan untuk tidak berjaya.
Jom terus berinspirasi : Anak Muda 19 tahun berjaya memiliki Hummer sendiri