Terbongkar! Jualan iPhone Murah di Instagram Didedahkan.

iPhone merupakan smartphone premium yang melambangkan kemewahan. Tetapi baru baru ini saya ada terbaca dari laman web Amanz berkenaan dengan iphone Recond yang makin galak dijual di instagram. Maka saya terpanggil untuk mengulas isu yang sama mengikut gaya saya sendiri berkenaan dengan penjualan iphone murah di instagram ini. Cuba bayangkan harga iphone 5s yang bernilai RM1999 boleh dibeli dengan harga RM1699 sahaja? Smell fishy. Ianya dikatakan new set dan original sedangkan pengeluaran iPhone 5 telah ditamatkan sejak September 2013.

Peniaga Tidak Menyatakan Kondisi Sebenar

Seperti yang dinyatakan oleh Amanz.my, perkara yang menjadi isu adalah kejujuran peniaga itu sendiri. Tidak salah menjual barangan refurbished tetapi janganlah menipu pembeli dengan perkataan new set dan original (akan diterangkan di perenggan seterusnya). Ada sesetengah pembeli memang tidak tahu kewujudan penjualan iPhone refurbished yang terang-terangan dijual di lelong.com.my. Setidak-tidaknya penjualan iphone di laman lelong itu telah menerangkan kondisi iPhone yang dijual sama ada original atau recondition. Atau mungkin peniaga itu sendiri (di instagram) tidak tahu?
Sumber gambar dari Amanz.my

Definisi iPhone Recond

iPhone recond, motherboard sahaja original. Tapi body, bateri, dan akesesori semua dari third party yang tidak lagi original. Apa yang melegakan pembeli, iPhone recond ni tetap juga iphone ‘original‘ yang masih menggunakan sistem iOS. Ianya bukan iphone clone, iphone china set, dan lain-lain. Jadi pada yang bernasib baik, iphone itu

Untuk memudahkan lagi anda memahami maksud refurbished/recondition, ia sebuah telefon lama yang dibarukan. Jadi di sini, motherboard dari iPhone lama akan dikeluarkan dan kemudian, ia digantikan dengan body yang baru untuk menampakkan kesan ‘baru’ tersebut. Mereka turut menggantikan bateri dan aksesori baru (majoritinya menggunakan set third party) yang menjadikan seolah-olah telefon yang anda beli adalah kelihatan seperti set baru dan bukan set ‘second hand’ – Amanz.my

 Official Refurbished Oleh Apple
Sebenarnya Apple sendiri pun ada menjual set refurbished ni secara rasmi. Sudah tentu barangan yang direfurbished oleh Apple ini menggunakan barangan genuine dari Apple itu sendiri. Kira masih puashati la kan untuk pembeli iPhone refurbished dari Apple ni. Sekurang-kurangkan ada waranti yang ditawarkan dari pihak Apple sendiri.

Waranti iPhone recon tidak boleh ditebus melalui Apple Malaysia.

Berbeza dengan iPhone refurbished yang dijual selain dari Apple sendiri, sekiranya iPhone mereka rosak, mereka tidak boleh tuntut waranti di Apple Store. Maklumla, pembeli ni betul-betul percaya yang mereka beli set original new set, tapi bila rosak tak boleh pulak tuntut waranti di Apple Store. Untuk kes ini mereka perlu rujuk melalui kedai yang mereka beli iPhone tu tadi.

“Untuk melihat sama ada iPhone yang anda beli betul-betul baru dari kilang rasmi Apple, anda boleh melihat status waranti pada laman selfsolve.apple.com. Anda hanya perlu memasukkan serial number (IMEI) iPhone anda pada laman tersebut yang mana boleh diambil dengan mendail *#06#. Sekiranya anda membeli iPhone yang dikatakan baru tetapi disajikan dengan paparan seperti ini, bermakna telefon anda adalah set refurbished/recondition.” – Amanz.my

Bagi saya sendiri, boleh je nak beli iPhone recondition ni, tetapi anda mesti faham dahulu maksud recondition dan refurbished ini dan faham tentang risiko sekiranya iPhone refurbished ini rosak. Bila diperhatikan, sebenarnya bukan iPhone je yang direcond dan direfurbished ni, tapi Samsung dan Sony juga menjadi mangsa kerakusan peniaga smartphone. Sebab tu ada perbezaan harga antara penjual rasmi dan tidak rasmi.
p/s: Tiba-tiba teringat masa beli DSLR Nikon D90 kat Low Yat dulu. Murah 400 berbanding harga rasmi Nikon.

2 thoughts on “Terbongkar! Jualan iPhone Murah di Instagram Didedahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *