10 Jenis Trend Makanan Paling Laris Dijual Online

Saya sedar dan perhatikan, sekarang ni surirumah mahupun wanita yang bekerjaya makin kreatif kalau sentuh bab-bab tambah pendapatan ni.

Ada satu cara terkini kian menjadi tumpuan iaitu mengambil tempahan makanan melalui sistem whatsapp di telefon.

Tapi, mungkin masih ramai belum nampak potensi perniagaan makanan atas talian ni.

Ok, saya ceritakan secara ringkas. Dulu, mama saya mencari pendapatan untuk menanggung kami tiga beradik. Bermula dengan hanya menjual nasi lemak di kawasan bawah blok ( masa tu kami tinggal di kuarters ). Dapatlah dan cukup-cukup makan untuk kami buat belanja sekolah (walaupun kadang tu 20 sen je dalam tangan).  Selain tu, kami akan jual sambal kacang ikan bilis di sekolah dengan harga 30 sen atau 50 sen sepeket. Saya yakin ada di kalangan anda yang pernah alami kehidupan macamni masa kecil bukan? Ni baru sikit cerita dibuka, kalau cerita habis mesti menangis nanti. Haha!

Saya cuma nak tunjukkan bagaimana zaman kecil dulu, ibu bapa dan juga diri kita mencari duit dengan penat lelah.

Kadang tu, bukan habis pun kan? Tapi, sekarang dah makin senang. Dengan kekerapan penggunaan applikasi whatsapp di telefon, peluang menjana pendapatan lebih pantas dan terkawal.

Kenapa terkawal? Sebab penjual hanya akan siapkan makanan ikut kuantiti yang ditempah pelanggan.

Jadi, tiada kerugian di situ kan? Manakala pelanggan zaman sekarang ni semua nak cepat. Mereka memilih untuk menempah online disebabkan kekangan masa, terutamanya ketika bergegas untuk ke tempat kerja.

Ditambah dengan situasi jalan sesak, makanan di gerai cepat habis jika lambat, nak dapatkan makanan terlalu jauh dari tempat mereka dan lain-lain lagi. Jadi, untuk anda yang ingin menjana pendapatan tambahan, ada 10 menu makanan paling laris dijual melalui whatsapp :

Baca Juga Wanita Negro Cuba Buat Tutorial Mekap, Tapi Banyak Ayat Lawak Keluar Tanpa Sedar

10 Jenis Trend Makanan Paling Laris Dijual Melalui Whatsapp

10-MAKANAN-JANA-PENDAPATAN-SECARA-ONLINE

1. Nasi Lemak

2. Nasi Ayam Penyet

3. Nasi Kerabu

nasi-kerabu
nasi kerabu

4. Nasi Berlauk

5. Nasi Ayam

6. Nasi Ambeng

nasi-ambeng
nasi ambeng

7. Nasi putih + Sambel Totok/ sambal tumbuk ( Menu ni paling mudah, tahan lama dan paling sedap! )

8. Kuih Muih

9. Roti Canai

10.  Nasi Arab

nasi-arab
nasi arab

 

Anda perlu ambil peluang ini untuk jana pendapatan sampingan. Jika anda sudah berfikir “owh, dah ramai orang jual macamni lah, potensi saya jana pendapatan pasti tipis “. Maka, anda perlu ambil tahu tentang ini:

” Pelanggan akan memilih makanan yang sedap dan berbaloi untuk dibeli. Bersaing secara sihat kerana semuanya milik tuhan. Pelanggan beli atau tidak, itu Allah dah tentukan untuk anda “

Yang penting buat ikut apa yang anda pakar dan perlu gembira dengan apa yang anda lakukan.

InshaAllah hasilnya pasti berbaloi. Dan perlu pastikan makanan yang anda masak itu bersih dan dimasak dengan betul, untuk elak risiko keracunan makanan dan sebagainya.

Seeloknya anda dapatkan lesen berniaga dan juga dapat pengiktirafan kebersihan dari kementerian kesihatan ( biasanya peniaga makanan akan ada rutin cek kebersihan oleh bahagian kesihatan )

Baca Juga Bagaimana Wanita Muda Ini Beli Hartanah Selepas 11 Bulan Bekerja

Respons Pembaca

berkata tentang ini

One Response

  1. diarysihat July 8, 2015

Leave a Reply