4 Perkara Yang Buat Anda Rasa Perlu Main Pokemon Go

Sejak permainan Pokemon Go diperkenalkan kat Malaysia 5 Ogos lepas, saya sebenarnya tak tahu langsung tentang ni. Cuma tangan gatal nak membelek phone dan key in nama apps Pokemon-Go. Bila nampak saja ada game dalam google apps, hah apa lagi? Download terus!

Disebabkan pada hari tersebut, saya agak aktif bergerak ke sana sini, jadi memang tak melepaskan peluang untuk tangkap pokemon. Walaupun di dalam kereta, masih juga aktif mencari pokemon berdekatan. Dan kesianlah driver di sebelah, sebab si pemain game memang tak layan dah orang disekeliling.

Hari pertama, pencarian Pokemon bermula di Batu Caves, di kawasan sekitar sini banyak pokemon jenis zubat (kelawar). Ehem, sebab lokasi pun kat batu caves. Mesti lah banyak kelawar.

Hari ke-2, destinasi paling banyak pokemon, anda boleh terus cari di sekitar dalam bangunan Pavilion, Putrajaya. Di situ saja, saya dapat berpuluh ekor Pokemon. Hehe. Hari seterusnya sambung bila ada masa.

Dengar cerita kat Bangsar ada banyak gila pokemon.

4 Perkara Yang Buat Anda Rasa Perlu Main Pokemon Go

Walaupun ramai yang menentang permainan ini di Malaysia, ada sudut positif yang saya nampak pada permainan ini. Antaranya seperti:

4-Perkara-Yang-Buat-Anda-Rasa-Perlu-Main-Pokemon-Go
kena berjalan 2-7km untuk menetas

1. Menggalakkan pemain game aktif bersenam

Yelah, antara syarat permainan adalah anda dikehendaki berjalan sejauh 5 atau 7 kilometer atau lebih untuk menetaskan satu telur. Telur pokemon ni boleh didapati di pokestop yang terpilih ( palang biru ). Biasanya pokestop ni ada macam-macam item free. Contoh, pokeball, incubator, poison, telur, etc. Jadi, setiap kali singgah berdekatan Pokestop, rajin-rajinlah singgah.

4-Perkara-Yang-Buat-Anda-Rasa-Perlu-Main-Pokemon-Go-2

2. Pemain akan alert tentang lokasi masjid, kuil, tokong.

Yang ni memang kelebihan yang bagus bagi saya. Sebabnya kadang tu, bila kita (muslim) selalu travel ke tempat asing, akan timbul masalah untuk mencari lokasi masjid atau surau terdekat. Begitu juga untuk mereka yang non-muslim. Peranan Pokestop & gym dalam permainan ini adalah, pokestop/gym hanya diletakkan pada tempat beribadat seperti kuil, masjid, tokong. Jadi bila nampak tanda pokestop/gym, pemain dah tau dah kat situ letaknya tempat untuk mereka beribadat.

3. Permainan sebagai sumber pendapatan

Dari sudut pendapatan pula, mereka ( pemain ) tidak dibenarkan bermain ketika memandu. Sangat berbahaya. Jadi, dalam perjalanan ke sana ke sini, menjadi satu kerugian bagi pemain kalau tak menangkap pokemon sewaktu aktif bergerak. Jadi, kat sinilah, pemandu kereta/motor perlu ambil peluang menjana pendapatan. Buat tawaran servis untuk membawa pemain ke dalam/atas kenderaan masing-masing sambil mereka fokus pada permainan tersebut.

        4. Boleh jadi aset dunia maya

Saya pernah terbaca kisah jutawan muda (budak lagi), menjana duit daripada permainan alam maya. Bagaimana? Dia menjual aset yang ada dalam permainan tu pada mereka yang perlukan. Jadi, untuk permainan pokemon go, ada di kalangan pemain yang mempunyai koleksi pokeball, incubator atau apa saja item yang sangat banyak. Jadi, mungkin di masa akan datang, apa yang mereka boleh buat adalah jual item/aset yang mereka ada tu pada pemain lain. Nampak tak permainan sebenar kat sini? (cuma saya tak pasti samada boleh atau tak,  jual beli sesama pemain. Sebab sekarang jual beli hanya antara pemain dan pemilik permainan je yang saya nampak. Hehe)

Mungkin banyak lagi perkara dan idea bisnes yang anda tahu tentang PokemonGo ni kan? Saya ulas yang paling ringkas saja.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, sebelum kita memikirkan sesuatu keburukan, buka minda kita ke arah lagi satu. Apa manfaat yang boleh kita peroleh. Dan sekarang memang terlalu mudah membuat duit di dunia maya. Tinggal pada diri anda untuk melihat dari sudut yang mana.

Baca Juga bagaimana Lelaki Ini Miliki 3 Buah Rumah Dalam Masa Satu Tahun Saja

3 thoughts on “4 Perkara Yang Buat Anda Rasa Perlu Main Pokemon Go

  1. Pingback: 4 Perkara Yang Buat Anda Rasa Perlu Main Pokemon Go - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *