7 Kesilapan Semasa Temuduga Yang Perlu Dielakkan Oleh Calon

7 Kesilapan Semasa Temuduga Yang Perlu Dielakkan Oleh Calon

Sewaktu calon menghadiri sesi temuduga seharusnya perlu dielakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya.

Sesi temuduga adalah salah satu cara majikan untuk membuat tapisan dan memilih calon mana yang sesuai untuk diserap masuk bekerja dengan mereka. Sudah pastinya majikan akan memilih calon yang terbaik.

Jadi setiap calon perlu pastikan tidak melakukan kesilapan semasa temuduga yang mungkin akan menutup peluang anda untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

Kesilapan Semasa Temuduga yang perlu dielakkan oleh calon

7 Kesilapan Semasa Temuduga Yang Perlu Dielakkan Oleh Calon

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap calon sebagai persediaan awal.

1. Datang Lewat Ke Temuduga

Kesilapan ini perlu dielakkan oleh calon temuduga. Menepati masa adalah perkara penting yang diambil berat oleh mana-mana majikan.

Ia akan memberikan gambaran kepada diri calon samaada komited atau tidak terhadap komitmen kerja.

Selain itu ia akan memberikan perspeksi buruk tentang displin seseorang calon.

Jika sewaktu temuduga calon itu sudah datang lewat, seolah memberi gambaran awal bahawa calon tersebut akan selalu datang lewat sewaktu bekerja nanti.

2. Dokumen Tidak Lengkap

Dokumen yang diminta oleh ahli panel penemuduga perlu diambil perhatian.

Jika dokumen tersebut dinyatakan dengan jelas dalam surat panggilan temuduga, jadi bermakna calon perlu ambil serius dan perlu memastikan setiap dokumen itu dibawa ketika sesi temuduga.

Dokumen yang diminta oleh ketika temuduga adalah penting samaada untuk tujuan penilaian, rujukan serta mendapat butiran peribadi calon secara lebih terperinci.

Selain itu ia memberi gambaran bahwa calon tersebut serius untuk memohon jawatan tersebut.

3. Pakaian Yang Tidak Sesuai

Imperesi awal adalah penting, semasa sesi temuduga penemuduga akan melihat juga cara kita berpakaian kerana ini adalah gambaran awal terhadap peribadi calon.

Pakaian semasa temuduga perlulah kemas, sopan dan bersesuaian dengan jawatan yang dimohon.

Elakkan datang ke tempat temuduga dengan hanya berselipar, pakaian yang menjolok mata dan ketat.

4. Bercakap Perkara Yang Tidak Perlu

Ya, semasa temuduga kita sememangnya  perlu bercakap. Tetapi kita hanya perlu bercakap apabila soalan yang diajukan kepada kita.

Elakkan bercakap tentang perkara-perkara negatif tentang bekas majikan atau apa sahaja.

Bahasa yang digunakan juga penting, jangan bercakap dengan nada yang kasar serta menggunakan bahasa pasar.

Gunakan kata ganti nama yang tepat ketika berinteraksi dengan penemuduga. Seperti Tuan, Puan, Dato’, Encik, Cik dan sebagainya.

5. Gagal Tenangkan Diri

Ramai yang rasa gugup apabila hadir sesi temuduga. Itu adalah perkara normal, namum apa yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menyesuaikan diri kita ketika ditemuduga.

Jika kita gagal tenangkan diri, lebih besar peluang untuk kita melakukan kesilapan semasa temuduga. Berkemungkinan juga nanti komunikasi kita dengan penemuduga tersekat-sekat. dan kita gagal menjawab soalan dengan lengkap.

Lebih teruk adalah apabila kita tidak dapat memberikan tumpuan kepada soalan yang diajukan, lain yang ditanya lain pula yang kita jawab.

Jika kita tidak dapat mendengar atau menangkap dengan jelas soalan yang diajukan. Dengan sopan kita minta penemuduga mengulangi sekali lagi soalan tersebut.

6. Kurang Eye Contact

Eye Contact ketika berinteraksi dengan penemuduga adalah penting, kerana ia akan memberikan gambaran bahawa kita yakin dengan jawapan yang kita berikan.

Ketika menjawab soalan mata kita fokus kearah mata penemuduga. Calon yang ada keyakinan diri mungkin akan mendapat peluang yang lebih cerah.

Sebab itu kita perlu tenangkan diri dan berkomunikasi dengan penemuduga dengan penuh yakin.

7. Tiada Persediaan Lengkap Untuk Temuduga

Sebaik sahaja kaki anda tiba di tempat temuduga, seharusnya calon sudah tahu paling tidak perkara asas tentang jawatan, latar belakang majikan dan perkara berkaitan.

Calon perlulah membuat kaji selidik untuk dapatkan maklumat lebih tentang pekerjaan yang dipohon.

Ini akan memberikan gambaran bahawa calon tersebut betul-betul berminat untuk bekerja dengan jawatan yang dimohon.

Baca Juga Kisah Jutawan Segera Menghabiskan Wang Travel Satu Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *