Ini Senarai 721 Mahkluk Pokemon Yang Tak Ramai Tahu

Ini Senarai 721 Mahkluk Pokemon Yang Tak Ramai Tahu

Pencipta Pokémon iaitu Satoshi Tajiri mendapat inspirasi untuk Pokémon daripada aktiviti beliau sejak daripada kecil. Beliau suka mencari bug dan menjualnya kepada kawan-kawanya.

Impiannya semasa kecil, beliau mahu menjadi seorang entomologist. Beliau begitu kagumi serangga. Daripada situ datangnya idea kepada terciptanya Pokémon.

Makhluk-makhluk ada banyak jumlah keseluruhannya ada 721 jenis makhluk yang eksotis. Kesemua Pokémon ini dibahagikan mengikut generasi mereka diperkenalkan dalam permainan.

Ia berkembang dalam 6 generasi yang mengambil masa hampir 2 dekad lama untuk terkumpulan kesemua jenis Pokémon tersebut.

Jika anda boleh ingat kesemua nama-nama makhluk Pokémon ini, memang anda adalah peminat setia.

Senarai 721 Mahkluk Pokémon Yang Tak Ramai Tahu
Senarai 721 Mahkluk Pokémon Yang Tak Ramai Tahu

 

Berkembangnya Keluarga Besar 721 Makhluk Pokémon.

Generasi Pertama Pokémon

Pada awal kemunculannya pada tahun 1996-1999 (generasi pertama) cuma ada 151 jenis monster sahaja yang diperkenalkan dalam Pokémon Red and Blue.

Top 10 generasi pertama Pokémon berdasarkan ability mereka adalah seperti berikut Charizard, Squirtle, Butterfree, Pikachu, Arcanine, Gengar, Kangaskhan, Gyarados, Eevee dan paling terbaik adalah Mewtwo.

Baca Juga 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Main Pokemon Go

Generasi Ke-2 Pokémon

Selepas itu pada generasi kedua 1999-2002. 100 lagi jenis makhluk baru Pokémon muncul dalam Pokémon Gold and Silver.

Ini pula Top 10 dalam generasi ke-2 Pokémon iaitu Typhlosion, Herascross, Crobat, Ho-oh, Wobbuffet, Tyranitar, Umbreon, Blissey, Suicune dan Lugia.

Generasi ke-3 Pokémon

Generasi ketiga (2002-2006) muncul pula Pokémon Ruby and Sapphire dengan tambahan 135 jenis lagi.

Top 10 Pokémon terbaik yang wujud dalam generasi ke-3 adalah Eoxys, Gardevoir, Kyogre, Absol, Salamence, Metagross, Groudon, Aggron, Blaziken dan Rayquaza.

Generasi ke-4 Pokémon

107 spesies baru Pokémon telah diperkenalkan bagi generasi keempat (2006-2010) yang tampil dalam Pokémon Diamond and Pearl.

Berikut adalah Top 10 Pokémon yang dilahirkan dalam generasi ke-4 iaitu Torterra, Luxray, Dialga, Infernape, Empoleon, Giratina, Arceus, Darkrai, Garchomp dan Lucario.

Generasi ke-5 Pokémon

Dan pada generasi kelima (2010-2013) 156 jenis lagi monster Pokémon dihasilkan untuk dimuatkan dalam Pokémon Black and White.

Pada generasi ke-5 berikut merupakan Top 10 yang terbaik iaitu Chandelure, Serperior, Volcarona, Kyurem, Reshiram, Samurot, Hydreigon, Zoroark, Haxorus dan Zekrom.

Generasi ke-6 Pokémon

Generasi keenam (2013-2016) sebanyak 72 jenis Pokémon baru pula diperkenalkan untuk muncul dalam Pokémon X and Y.

Ramai peminat yang menganggap Pokémon dalam generasi ke-6 adalah yang berkualiti mengatasi kuantiti.

Antara Top 10 Pokémon yang ada dalam generasi ini adalah Deplhox, Chesnaught, Talonflame, Pangoro, Xerneas, Noivern, Aegislash, Yveltal, Tyrantrum dan akhir sekali yang terbaik adalah Greninja.

Untuk makluman pilihan Top 10 Pokémon terbaik ini adalah hasil undian yang dijalankan oleh www.dorkly.com.

3 thoughts on “Ini Senarai 721 Mahkluk Pokemon Yang Tak Ramai Tahu

  1. Pingback: Ini Senarai 721 Mahkluk Pokemon Yang Tak Ramai Tahu - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *