Guna Foundation Mutiara Jika Nak Nampak Semulajadi Cantik

Biasalah, kaum wanita rata-rata akan tepek bedak atau foundation kat muka setiap hari. Terutamanya bila keluar dari rumah, termasuklah saya. Sebab kalau biar kulit togel macamtu saja, yang saya perasan akan naik jerawat atau jeragat kat muka. Sebab sinar UV kot? Hehe.

Guna Foundation Mutiara Jika Nak Nampak Semulajadi Cantik

Foundation-Mutiara-Ini-Khas-Untuk-Wajah-Semulajadi-Cantik

Dah banyak foundation pernah saya cuba. Kebanyakannya bila sapu kat kulit, tak kena gaya muka boleh bercapuk macam tepung gomak. Tapi, beza sikit dengan foundation Nyra Skinworks. Bila sapu di wajah, tak nampak kesan foundation tu. Senang cerita, sama macam kita sapu primer sebelum sapu foundation muka.

Untuk yang selalu mekap mesti tau fungsi primer ni. Biasanya sebelum sapu apa-apa foundation pada muka, primer akan disapu untuk lapisan awal. Kemudian barulah, foundation diratakan. Fungsi supaya hasil mekap lebih smooth dan tahan lama. Foundation Nyra boleh tahan 24 jam dan ada sunblock SPF30 untuk melindungi kulit dari sinar UV.

Guna-Foundation-Mutiara-Jika-Nak-Nampak-Semulajadi-Cantik
Pengasas produk Nazatul Nazira

Bau dia? Hemm, ada bau macam minyak kelapa dara dan Shea butter. Macam bau bunga pun ada. Kelebihan lain pada foundation Nyra Skinworks ni, foundation jenis kilat (glowing) macam serbuk mutiara.

Bila letak, bukan muka kita berkilat minyak, tapi berkilat shining. (Tak tau ekspress dalam BM)

Tak perlu lagi tepek muka dengan mekap 10 inci. Cukup sekadar sapu nipis foundation ni, kulit akan terlindung 24 jam. Malah serapan pada kulit sangat best dan membantu menutup liang pori-pori yang terbuka di muka.

Sesuai untuk semua jenis kulit, produk ini buat pengguna rasa ringan seperti tak memakai apa-apa solekan di muka. Produk skincare Nyra Skinworks ni  dijual dengan harga RM89 sebotol. Sekarang ada promosi harga RM69 sehingga Ogos sahaja. Kena pantas grab and pakai! Untuk membuat pembelian, sila terus layari atau hubungi:

Facebook: Ira Nyra

Instagram: Nazatulnazira78

Respons Pembaca

berkata tentang ini

1 Comment

  1. Pingback: Guna Foundation Mutiara Jika Nak Nampak Semulajadi Cantik - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *