Tahukah anda sebenarnya lemak dikeluarkan dari badan melalui hembusan nafas? Hanya Dengan Bernafas Sudah Cukup Untuk Menyingkirkan Lemak Sekaligus Kuruskan Badan.
Ya, menurut majalah British Medical Journal pada edisi Krismas 2014, sebanyak 84% lemak disingkirkan melalui nafas, manakala selebihnya 16% dikeluarkan melalui cecair badan seperti peluh dan urin.
Lemak pada level atom |
Paru-paru adalah organ paling utama dalam menyingkirkan lemak dari badan, sekaligus menurunkan berat badan. Fakta ini menyingkirkan kepercayaan bahawa lemak ditukarkan menjadi haba dan tenaga.
Kajian secara mikroskopik itu dilakukan oleh saintis biokimia Andrew Brown dan Ruben Meerman, di mana ia dibuat pada level atomik dengan menguraikan lemak menjadi Hidrogen (H) Oksigen (O) dan Karbon (C).
Karbon Dioksida (CO2) yang dilepaskan melalui pernafasan boleh diganti semula dengan makanan dan jus buah-buahan. Manakala kehilangan oksigen dan hidrogen dalam bentuk cecair dapat diganti semula dengan meminum air.
Mereka menganggarkan manusia kehilangan 200g carbon setiap hari dan 3 per empat daripadanya hilang sewaktu tidur.
Walaubagaimanapun, bernafas dengan melebihi kadar metabolisma boleh menyebabkan hyperventilation (kekurangan oksigen), jantung berdebar-debar, pening, pitam dan hilang kesedaran.
Hasil kajian atau pengiraan ini masih menyokong bahawa, senaman adalah satu cara hidup yang sihat. Jadi, jika anda seorang yang tidak suka bersenam tetapi mahu menurunkan berat badan dan hidup dengan sihat, bermula lah bersenam hari ini.
Selamat bersenam. ❤
Baca Bagaimana Hilang 3Kg Dalam Masa Seminggu Dengan Jus Detox
One thought on “Bernafas Boleh Singkir Lemak, Bantu Anda Untuk Kurus”