Pucuk Betik Terbukti Sebagai Penawar Demam Denggi. Anda Perlu Ambil Tahu

Sebut tentang demam denggi, rasanya dari dulu kes demam denggi setiap tahun sentiasa ada malah semakin teruk jadinya. Apalagi kami mendapat tahu bahawa, demam denggi yang terkini akan merosakkan organ dalaman anda.
pucuk betik sebagai penawar demam denggi
Source picture

Cara berkesan rawat denggi

Kami masih lagi ingat 5 tahun lepas salah seorang admin kami pernah dijangkiti demam denggi. Puas sudah minum sup ketam, 100 plus, dan macam-macam lagi, namun tidak berjaya untuk menjadi penawar demam denggi yang dialami. Setiap selang beberapa hari doktor akan ambil darah untuk lihat paras platlet dan setiap kali itu juga lah platlet darah menurun dengan pantas.
Akibat kekerapan darah diambil di kedua belah lengan, ianya mula lebam dan membengkak. Bintik-bintik darah mula kelihatan di kulit tangan. Hampir buntu dengan semua alternatif, akhirnya atas saranan orang tua-tua, mereka menyuruh agar meminum air rebusan pucuk betik untuk membantu menyembuhkan penyakit denggi.

Pucuk betik direbus dan airnya diminum, pucuk betik itu pun perlu dimakan seperti ulam. Pahit memang pahit. Ketika itu, itulah alternatif terbaik kerana jika masih di tahap teruk, esoknya akan dimasukkan ke wad. Kuantiti yang diambil ketika itu dalam 2 -3 teguk sahaja, pucuk betik makan sebatang kecil pun dah cukup. Tak perlu banyak

Dan alhamdulillah ternyata waktu ujian darah dilakukan, platlet meningkat secara mendadak berbanding sebelum dan admin terus sembuh sepenuhnya. Dan harini, kami terjumpa video daripada institut penyelidikan perubatan kementerian kesihatan Malaysia. Dan ianya tentang keberkesanan ramuan pucuk betik yang terbukti sebagai alternatif penawar demam denggi.
Semoga perkongsian ini membantu anda dan keluarga.

One thought on “Pucuk Betik Terbukti Sebagai Penawar Demam Denggi. Anda Perlu Ambil Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *