Memang tak dinafikan sikap pemandu di Malaysia ketika parking kereta masih tidak memuaskan. Ada yang double parking dan tidak kurang yang parking 2 petak untuk 1 kereta. Sekaligus tidak memberi peluang kepada pengguna lain untuk mendapatkan parking dan mungkin menyebabkan mereka parking di tempat yang salah dan akhirnya disaman polis trafik kerana menghalang lalulintas.
Sikap mereka yang parking sewenang-wenangnya ini makin melampau apabila mereka juga tidak kisah untuk parking di tempat parking OKU (Orang Kelainan Upaya). Entah apa yang mereka fikirkan semasa mereka mengambil parking OKU ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun petak parking OKU ini mempunyai tanda yang besar dan jelas, ianya langsung tidak dihiraukan.
Larangan Meletak Kereta di Parking Khas OKU Guna Teknik Hologram
Di Rusia, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) DISLIFE.RU telah mencipta satu sistem untuk menghalang kenderaan yang tidak mempunyai pelekat khas OKU daripada memasuki petak parking khas OKU itu. Ianya menggunakan hologram yang dijana dari projektor dan percikan air beserta sistem audio. Dengan sistem ini setidak-tidaknya boleh menghalang mereka yang bukan OKU untuk sesuka hati parking di petak parking khas OKU ini.
Baca juga : Kita Perlukan Sikap Ini Pada Semua Orang
One thought on “Larangan Meletak Kereta di Parking Khas OKU Guna Teknik Hologram”