Di negara selain China, terutamanya Malaysia, kita menggunakan medium facebook & instagram untuk macam-macam perkara. Lebih-lebih lagi untuk yang bergelar peniaga, 2 media sosial ini sangat penting untuk jana keuntungan maksima. Tapi, seperti yang kalian sedia maklum di China, mereka sekat penggunaan apa saja produk Google di negara mereka. Mungkin atas faktor keselamatan atau mungkin juga atas faktor nilai sosial masyarakat.
Bayangkan dengan wechat dan media sosial keluaran mereka sendiri pun, mereka sangat ketagih hingga tak peduli keadaan sekeliling. Apa lagi kalau produk google pecah masuk pasaran China?
Di Malaysia, WeChat biasanya digunakan sebagai medium untuk luahan perasaan, makian dan sebagainya. Manakala Facebook dan instagram digunapakai untuk urusan niaga semaksima mungkin. Keadaan di China terbalik, majoriti rakyat China menggunakan WeChat sebagai medium untuk urusniaga mereka. Tiada Facebook bukan masalah kerana mereka ada apps yang menyerupai Facebook di negara mereka. ( Saya tak ingat nama apps tu )
Kalau kita tiada facebook jadi apa? Haha!
WeChat Penyelamat No 1 Di China
Kalau sebelum ni, 13 Tips Komunikasi di China masih belum mencukupi, nah! Guna cara ini. Pastikan anda mempunyai akaun WeChat, masukkan senarai penjual/kenalan di China sebagai rakan anda di WeChat. Kemudian, puff! Anda boleh terus berinteraksi dengan mudah sebab WeChat ada “translator” sendiri. Jadi, anda hanya perlu taip dalam bahasa Inggeris dan terus chatting dengan mereka di WeChat sahaja.
Cuma keadaan jadi agak pelik, kita berhadapan dengan orang tapi berbual menghadap WeChat. Umpama kita bisu dan kita berada jauh dari mereka.
2 Tips komunikasi yang telah kami kongsikan ini merupakan inti penting jika anda ingin melancong ke China. Jika anda ingin baca lebih lagi berkenaan apps WeChat di China, baca juga artikel Apps Mudah Komunikasi Di China. 3 Artikel kami ini sudah mencukupi untuk persediaan anda berkenaan komunikasi di China nanti. Semoga bermanfaat.
Kalau anda ke China untuk borong barang, apa kata anda baca panduan untuk borong barang di China secara online? Dapat jimat banyak tanpa perlu susah beli tiket ke China dan sangat menjimatkan masa.
3 thoughts on “WeChat Penyelamat No 1 Di China”
berminat dari artikel pasal beli perabot di china tadi, mula2 rasa takut mcm mane nak berkomunikasi. kalo guna hp shj ok la kan senang