Mr David Teo kata ni 1st time, MiG Pictures anjurkan majlis sambutan hari raya dengan bloggers. Best! Bukan sebab David Teo belanja makan. Best sangat sebab kami dapat berkenalan dengan ramai orang & kembangkan lagi networking.
Kalau anda kenal siapa kami, anda akan tau motif kami mula fokus sebagai full time blogger sekarang ni.
Motif utama nak kenal dengan ramai orang. Sebab kita hidup sekali jer, jadi sekaranglah masanya untuk berkenalan, travel, membantu orang, sebarkan energi cinta kasih, etc.
Majlis sambutan hari raya 2016 ni buat dekat restoran steamboat Pak John, ECurve Mutiara damansara. Kami memang pemburu makanan steamboat. Bila tau rupanya kat sini ada steamboat best, pehh..
Sambutan Majlis Hari Raya MIG Pictures Bersama Bloggers
Yang penting, majlis ni berjalan dengan meriah. Saya & rakan berpeluang kenal dengan bro Framestone , dan ramai lagi blogger hebat. Antaranya Ayu, Zara, Hannie, Kak Hanny, Zira, Ena, Halim, Tommy, K.K, Neyra, etc. Best berjumpa kawan-kawan baru. Berbual benda baru, idea baru.
Paling mantap, saya berpeluang mengenali Mr David Teo lebih dekat. Maksudnya, selama ni hanya tengok kat internet, ig, fb. Tapi, bila berdepan, my 6th sense saying something different about him.
Jaga2.. Sebab saya boleh baca anda. Haha. Naa, just kidding.
Sebelum ni, saya ada memberi ulasan mengenai seorang Pengarah TV Dari Satu Sudut Istimewa.
Jadi, apa input yang kami perolehi kalini?
Cuba Lihat David Teo Dari Aspek Perkongsian Rezeki
Saya memandang Mr David Teo dengan sudut yang berbeza. Sekarang tak silap saya kecoh pasal isu Tan Sri P.Ramlee vs Mr David Teo kan? Alah, saya tak berapa layan hal2 semasa, gosip, etc. Semua tu adalah aura negatif yang perlu kita jauhi sebenarnya. Nak atau tak, anda kena sedar tentang ini.
Ok, ketepikan isu tu.
Saya nampak peranan dan niat Mr David dalam setiap hasil karya filem terbitan beliau. Memang, ikutkan filem yang diterbitkan nampak mengarut. Mungkin isi cerita kelihatan simple ataupun jalan cerita tak seberat filem hollywood. Tapi, saya dan team melihat Mr David Teo lebih kepada niat perkongsian rezeki.
Beliau lebih gemar berkongsi rezeki dengan menaikkan nama-nama baru, talent baru, memberi pelbagai ganjaran kepada talent, staff, etc. Walaupun, filem beliau mungkin dibenci sesetengah masyarakat, tapi hasil rezeki filem dibahagi2kan dengan ramai orang.
Jadi, saya rasa kagum dengan cara Mr David Teo berkongsi rezeki. Jangan hanya memberi spekulasi, tapi lihat diri kita sendiri. Adakah sudah cukup sumbangan kita pada hidup di sekeliling ni?
Selamat Hari Raya korang.. Pipi dah bulat macam kuih raya ke belom? Haha!
One thought on “Cuba Lihat David Teo Dari Aspek Perkongsian Rezeki”