Anak Autism Itu Luarbiasa, Bukan Penyakit Di Mata Saya

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya24 April lepas, atas jemputan DKayangan melalui info dari blogger Acul, saya hadirkan diri untuk menonton filem Redha yang bertempat di Cineplex ECurve. Jujur saya katakan, saya bukanlah peminat tegar filem melayu di pawagam. Kalau masa zaman kolej, ya. Boleh katakan ” i love Malay film”. Tapi, itu hanyalah kerana filem hantu. Biasalah, bab hantu ni memang kegemaran ramai. Kan?

Malahan, sebelum  “screening” filem Redha ni, saya sendiri tak berminat untuk beli tiket wayang, hanya kerana ianya hasil filem melayu. Sebab? Filem melayu lain bagi saya tak membantu membina masyarakat. Dan filem Redha pada awalnya saya beranggap ia mungkin sama kualiti saja dengan filem melayu lain macam filem gangster, mahupun munafik. Kosong. Takda input.

Maaf cakap, filem hantu dan gangster di Malaysia hanya mendidik masyarakat untuk menjadi ganas & takut pada hantu. Padahal hantu tu tak wujud. Tak habis-habis dengan dunia hantu.

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-1
Pengarah filem, YM Tunku Mona Riza & Danial kecik, Danial besar ( nama watak dalam filem)

Ternyata saya silap. Filem Redha, bagi saya penuh dengan motivasi dan inspirasi untuk masyarakat yang mempunyai anak2 autism. Berbaloi untuk anda hayati dan nikmati.

Setiap kali saya ke panggung wayang, saya bukan pergi sekadar kosong. Tapi, ada tujuan tersendiri. Tujuan untuk mendidik fikiran luarbiasa seorang manusia.

Sebab tu, sejak 2015 setelah fikiran dan kesedaran terbuka luas mengenai alam semesta , saya lebih suka untuk menonton filem seperti maleficent, insterstellar, transformer, almanac dan lain2. Tapi saya lihat dengan mata hati. Isi tersirat di dalam setiap filem. Tidak semua yang hadir di pawagam itu sedar isi tersirat. Tapi, bagi saya, setiap manusia rezeki kesedaran itu berbeza.

Baca Artikel Filem Almanac Menggegar Dunia Masa Manusia

Anak Autism Itu Luarbiasa, Bukan Penyakit Di Mata Saya

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-3
Kiri kanan depan belakang tetiba selsema bila tengok filem Redha. Hihi

Jadi, apa ada dalam filem Redha?

Saya tidak nampak autism itu adalah penyakit pada manusia. Tapi autism itu adalah keistimewaan luar biasa yang tidak ada pada manusia biasa. Dalam hidup, ada banyak lapisan fikiran. Apalagi lapisan isi alam? Belum sebut lagi lapisan galaksi kan?

Benda pertama yang terlintas dalam fikiran saya dalam wayang adalah filem Tare Zameen Par. Korang tengok ke tak? Filem Amir Khan ok. Wajib tonton.

Menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang tak dapat baca dan menulis normal seperti kita. Dunia menggelarkan sebagai disleksia. Tapi, mereka dapat baca dan menulis dengan cara luarbiasa. Mereka lebih hebat & genius berbanding manusia lain. Anda anggap tak normal sebab bagi anda normal itu seperti apa yang anda biasa lakukan. Tapi di sudut pandangan yang lain. Itu adalah “superpower”.

Kalau nak ulas mengenai superpower ni sampai esok tak habis.

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-4
Bila giliran anda tengok filem terbaik macamni?

Persamaan Tare Zamen Par dan Filem Redha adalah input yang mereka cuba bawa. Input mengenai kelainan kanak-kanak luar biasa ini, yang masih belum diterima oleh masyarakat.

Kerana fikiran masyarakat masih tersekat dalam dunia jin. Korang taknak keluar dari dunia jin. Tak habis-habis. (sambil mata jeling ke atas)

Ciri kanak-kanak autism ialah mereka akan jadi seorang yang hiperaktif, tiada “eyecontact” dengan anda, lambat bercakap, perlakuan berulang, berada dalam dunia sendiri, dan lain-lain.

Lapisan pemikiran mereka berlainan berbanding kita. Dan dalam filem Redha ni, dijamin anda akan menangis (kecuali saya). Hihi. Sebab saya jenis melihat dari mata hati. Bukan melihat dari segi kekurangan mahupun penyakit. Saya melihat dari dunia berbeza.

Untuk anda yang mungkin tidak sedar akan ciri-ciri kanak-kanak autism, ataupun terasa macam kelakuan anak anda lain berbanding biasa. Saya galakkan anda menghayati filem Redha. Dan ingat satu ni, autism bukan penyakit. Tapi ia adalah “superpower” tersembunyi dalam diri mereka.

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-2
Susan Menon, Nadia Nisa, YM Tunku Mona Riza

Dan untuk anda yang leka dengan hal dunia, sibuk dengan politik, sibuk berperang dalam fb, lupakan dunia itu. Beralih ke dunia istimewa & selami keindahan dunia luar biasa.

Secara ringkasnya, filem Redha menceritakan bagaimana reaksi masyarakat yang menggelarkan anak autism ini sebagai budak “bodoh” & bagaimana seorang ibu berusaha untuk membantu anaknya serta bagaimana ego seorang ayah yang tak dapat menerima keistimewaan luar biasa anak sendiri. Sebaliknya, ada penyelesaian dan panduan bagaimana sekiranya anda mempunyai anak autism. Segala info lengkap ada diceritakan di dalam filem Redha.

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-5

Anda seorang ibu? Seorang bapa? Betul? Jika anda ingin mendidik zuriat anda ke arah yang tepat, jangan bawa mereka tonton filem hantu, gangster. Filem tu penuh dengan energi kekeliruan & negatif.

Kami sarankan anda bawa anak anda, keluarga anda menonton filem seperti Redha dan filem melayu lain yang ada input berguna. Dan ini akan membantu membina masyarakat yang lebih bertolak ansur, memahami dan ada budibahasa tinggi.

Budibahasa & perilaku masyarakat jepun lebih berdisiplin berbanding masyarakat Malaysia.

Anda boleh bantu negara kita menjadi masyarakat berdisiplin tinggi dengan cara kecil sebegini. Mulakan dari menonton filem bermanfaat.

Baca Juga Chappie, Kasih Sayang Robot dan Penciptanya 

Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-8
Rakan blogger yang humble & peramah
Anak-Autism-Itu-Luarbiasa,-Bukan-Penyakit-Di-Mata-Saya-7
Susan Menon sangat calm. Adik kat belakang tu apa nama ye. Maaf dik, akak rasa macam pernah tengok.Hihi

anak-utism-itu-luar-biasa

One thought on “Anak Autism Itu Luarbiasa, Bukan Penyakit Di Mata Saya

  1. Pingback: Anak Autism Itu Luarbiasa, Bukan Penyakit Di Mata Saya - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *