5 Bidang Pekerjaan Yang Sering Jadi Pilihan Lelaki

Zaman kini sebenarnya sudah tidak ada istilah itu kerjaya lelaki dan ini kerjaya kaum wanita. Boleh dikatakan begitu banyak pekerjaan hari ini yang disertai daripada kedua-dua gender ini.

Dalam teori Holland ada menyatakan faktor kejaya boleh dipergaruhi oleh 6 jenis personaliti manusia iaitu realistik, penyelidikan, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.

Dan daripada 6 jenis personaliti ini akan membentuk minat kita dalam kerjaya. Minat sahaja tidak cukup, ia perlu dipupuk dan ia akan jadi lebih serius apabila minat tersebut diberikan latihan untuk membentuk kemahiran.

Lebih kurang 25000 jenis kerjaya wujud dalam dunia ini. Jom kita lihat mana satu bidang pekerjaan pilihan lelaki.

Credit picture to talentegg.ca

Bidang Pekerjaan Yang Menjadi Pilihan Lelaki

Sebenarnya jika kita mahu senaraikan semua pekerjaan pilihan lelaki ada banyak, memang panjang senarainya. Jadi kita ambil beberapa bidang yang sangat ketara sering menjadi tarikan bagi kaum lelaki.

1. Bidang Minyak Dan Gas (Oil And Gas)

Bidang kerjaya ini antara jenis pekerjaan yang sering minat kaum lelaki, mungkin disebabkan ganjaran gaji bulanannya yang tinggi.

Malah pekerjaan ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran dan minat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan sebagainya.

Baca Juga Belajar Percuma Saja Walau Lepasan SPM, Terus Dapat Peluang Kerja Di Industri Jurutera & Teknologi SHRDC

2. Badan Beruniform

Kerjaya dalam badan beruniform juga menjadi tumpuan lelaki. Antara badan beruniform yang sering menjadi pilihan lelaki adalah Polis, Tentera, Bomba, JPJ, Kastam, Imigresen dan banyak lagi.

Kerjaya dalam unit beruniform menuntut komitmen yang tinggi daripada anggotanya. Mereka perlu sentiasa bersiap sedia apabila arahan dikeluarkan.

Pekerjaan ini juga sesuai untuk mereka yang lasak dan berjiwa kental. Dan sememangnya badan-badan beruniform juga mememerlukan tenaga lelaki untuk bersama-sama berkhidmat untuk negara.

3. Kejuruteraan

Bidang kejuruteraan ini juga ada banyak cabang dibawahnya. Dan setiap cabang itu pula datangnya daripada minat yang berbeza-beza.

Namum cabaran dalam kerjaya ini lebih sesuai untuk kaum lelaki, lebih-lebih dalam bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan mekatronik, kejuruteraan awam dan  banyak lagi.

4. Chef

Walaupun kita tahu memasak lebih cenderung kepada wanita, namum kerjaya Chef juga menjadi tarikan kepada kaum lelaki untuk dijadikan sebagai kerjaya dalam bidan kulinari ini.

Apatah lagi kerjaya tukang masak juga merupakan satu kerja yang memenatkan dan memerlukan kudrat seorang lelaki.

5. Seni Visual

Kaum lelaki begitu mudah tertarik dengan komputer, jadi tidak pelik jika minat dan kerjaya mereka ada kaitan dalam bidann seni visual.

Antara kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ini adalah seperti pereka grafik, multimedia artist atau animator.

Adakah anda sudah mendapat idea untuk kerjaya pilihan nanti?

 

One thought on “5 Bidang Pekerjaan Yang Sering Jadi Pilihan Lelaki

  1. Pingback: 5 Bidang Pekerjaan Yang Sering Jadi Pilihan Lelaki - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *