Bila Bos Depan Mata, 7 Etika Kerja Ini Akan Di Usyar Ketat

Bila Bos Depan Mata, 7 Etika Kerja Ini Akan Di Usyar Ketat

Kerja.

Lumrah kehidupan manusia untuk terus hidup ialah kerja. Kalau tak kerja, duit tak masuk, bila duit tak masuk, nak beli barang keperluan & kehendak pun tak dapat. So nak tak nak kena kerja jugak ya? TAPI bila dah kerja ada jer masalah dengan rakan sekerja mahupun bos.

Bila bos ada kat tempat kerja jadi tak tentu arah nak buat kerja. Macam mana nak buat kerja kalau asyik diperhatikan bos. Ye dakk?

7 Benda Ni Akan Di Usyar Ketat Bila Bos Depan Mata

Ada saja benda tak betul kalau bos ada di tempat kerja. Buat ini salah, buat itu salah, tak cukup ini, tak cukup itu & bla bla bla. List kat bawah ini selalu menjadi kegemaran bos untuk usyar kita buat kerja.

1. Ketepatan waktu masa kerja

Senang cerita, kalau anda datang kerja tak punctual memang kena aim habis dengan bos ! Lagi-lagi bos baru. Faham-faham la ya.

2. Pantas

Maksud di sini, dari segi kepantasan anda buat sesuatu kerja. Kalau anda buat kerja lambat a.k.a ‘terkemut-kemut’ siaplah anda nanti kena tegur. Tegur baik-baik ok lagi, buatnya dia tegur dengan cara kasar a.k.a maki hamun macam mana? Makan hati la jawabnya. Huhu

3. Kerajinan

Bila anda buat kerja dengan ikhlas secara automatik anda akan buat kerja dengan rajin. Ada beza tau antara rajin buat kerja dengan buat-buat rajin bekerja. Macam mana nak bezakan? Lu pikir la sendiri, bak kata Nabil. Hahaha.

Baca juga Hanya Kerana Kerak Ayam Goreng Peniaga Ini Kenal Erti Penyesalan

4. Kepakaran & Kemahiran

Kadang-kadang bos akan perhatikan kepakaran anda dalam apa-apa kerja yang anda buat. Mana tahu dia nak bagi bonus. So, kalau bos ada, anda kenalah tunjuk skill sikit! Mana tau ada rezeki lebih ke kan?

5. Adab dengan orang lain

Kalau anda kurang sopan dengan sesiapa pun walaupun dengan rakan sekerja, nanti akan terdetik di hati bos yang anda ini pekerja yang biadab. Dari situ, bos akan sentiasa ‘usyar’ dan akan mencari kesalahan anda. Beware!

6. Etika kerja

Mana-mana pekerjaan pun mesti kena ada etika kerja kan? Bagi anda yang baru masuk kerja memang ‘wajib’ menunjukkan etika yang baik depan bos. Bukan hipokrit, tapi untuk membina persepsi pertama anda sebagai pekerja baru di hadapan bos.

7. Ramah mesra

Bos akan sentiasa perhati bagaimana anda ramah atau melayan pelanggan. Kalau anda melayan pelanggan dengan baik, bos akan suka & kalau layan sebaliknya akan bakal berjumpa dengan bos. Lagi-lagi kalau kerja kedai makan, ramah mesra dengan pelanggan tersangatlah penting.

Kadang ada baiknya bos perhatikan kita masa buat kerja. Kalau tak, ada yang ‘curi tulang’ time kerja. Mana adil kan?!

Kesimpulannya, 7 aspek ini penting untuk mendidik anda menjadi pekerja yang berkualiti dan terbaik. Jadi, hargai lah bos anda. Kerana setiap teguran bukan bermakna ingin membinasakan tapi untuk memberi pengalaman dan mengajar anda menjadi pekerja terbaik untuk syarikat. Siapa taknak tengok staf sendiri berjaya bukan? Cintai kerjaya anda dan laksanakan tugas dengan penuh minat. Dijamin, kerja dan persekitaran anda setiap hari akan berubah sepenuhnya.

Baca juga Pemuda Ini Miliki 3 Buah Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan

One thought on “Bila Bos Depan Mata, 7 Etika Kerja Ini Akan Di Usyar Ketat

  1. Pingback: Bila Bos Depan Mata, 7 Etika Kerja Ini Akan Di Usyar Ketat - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *