Bulan Terbelah Di Langit Amerika, Lirik Masterpiece Nyanyian Fazura Dan Ridho

Bulan-Terbelah-Di-Langit-Amerika,-Lirik-Masterpiece-Nyanyian-Fazura-Dan-Ridho2

Lepas saja saya dengar lagu “hancur aku” dalam youtube nyanyian Fazura dan Estranged. Saya terpikat dengan lagu seterusnya, “bulan terbelah di langit amerika”. Musik lagu tu sendiri sangat mendalam. Indah untuk dihayati.

Tapi, yang buat saya lebih terpegun malah terasa sesuatu dalam lubuk hati, lirik tu sangat istimewa untuk diri sendiri.

Bulan Terbelah Di Langit Amerika, Lirik Masterpiece Nyanyian Fazura Dan Ridho

Ternyata lirik lagu nyanyian Fazura dan Ridho Rhoma untuk OST Filem Bulan Terbelah Di Langit Amerika, sangat hebat & maksud lirik tu boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan kita secara sedar mahupun tak (subconcious)

Baca Juga Fazura Nyanyi Lagu Hancur Aku

Secara jujur, antara lagu “hancur aku” dan “bulan terbelah di langit amerika”, suara Fazura sangat best & tenang. Cuma dari segi lirik, saya lebih memilih lagu kedua berbanding lagu hancur aku.

Bulan-Terbelah-Di-Langit-Amerika,-Lirik-Masterpiece-Nyanyian-Fazura-Dan-Ridho4

Lagu ni meningkatkan semangat untuk diri malah membina keyakinan diri. Bait lagu menggambarkan potensi diri sejati anda & betapa istimewanya kehadiran anda pada orang di sekeliling.

Sampai di satu lirik jika difikir, anda akan sedar & faham tujuan sebenar hidup di dunia sebagai manusia. Indahnya hakikat kejadian manusia. Cinta antara manusia dan Yang Satu.

Lirik Lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika

Ridho: Di balik awan hitam

Engkau cantik bulan malam

Indahmu melengkapi semesta sejuta bintang

Kau seperti cahaya

Lebih terang dari bintang

Sinarmu menyinari di langit Amerika

c/o Kau seperti hujan di musim kemarau

       Kau seperti matahari di langit kelabu

       Kau seperti kilau berlian di tanganmu

       Sempurna berdua bersatu dalam cinta

Fazura: Kau semesta dalam cinta

Hadir karena cahaya

Hitamu tiada lagi

Cuma putih pelita

Isi langit dari semesta

Menjawab sebuah doa

Cintaku meliputi untuk hadir sang Esa

Kau seperti hujan di musim kemarau

Kau seperti matahari di langit kelabu

Kau seperti kilau berlian di tanganmu

Dan bulan terbelah di langit Amerika

c/o 1 x

Kau seperti hujan di musim kemarau

Kau seperti matahari di langit kelabu

Kau seperti kilau berlian di tanganmu

Dan bulan terbelah di langit Amerika

Dan bumi tercipta untuk kamu dan aku

Video penuh nyanyian Fazura dan Ridho di bawah ni:

4 thoughts on “Bulan Terbelah Di Langit Amerika, Lirik Masterpiece Nyanyian Fazura Dan Ridho

  1. Pingback: Nafas Baru Hidup Mati Johor Versi Koir - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *