Rahsia Kebaikan Coklat Ramai Yang Tidak Tahu

Dah buat coklat gergasi tu belum ? Artikel ni sebenarnya sambungan dari artikel Cara Nak Buat Kinder Bueno Saiz Gergasi tu. Ramai yang cakap makan coklat ni tak bagus. Boleh gemuklah, gigi rongak dan macam-macam lagi.

Tapi! Jangan beli coklat di pasaran yang harganya murah. Sebab coklat sebegitu banyak mengandungi kandungan coklat yang sikit. Lebih kurang 20%. Ada juga kurang 7%. Coklat macam ni ada kandungan gula, lemak tepu dan minyak sayur terhidrogenasi (HVO) yang tinggi so itu yang boleh buatkan gigi rosak dan sebagainya.  Korang kena pandai pilih coklat ya!

Rahsia Kebaikan Coklat Ramai Yang Tidak Tahu

Kalau korang penggemar coklat, jangan risau sebab ada kebaikan yang tersembunyi di coklat sebenarnya. Meh saya nak terangkan kebaikan-kebaikannya.

c11

1) Boleh mengurangkan kadar serangan strok

Mengikut kajian kat Sweden, wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu akan kurang terkena serangan strok yakni sebanyak 20% lebih rendah.

c22

2) Kadar kesihatan jantung boleh meningkat

Coklat boleh melawan peradangan so dia boleh mengurangkan tekanan darah, kadar kolesterol dalam badan, dan risiko hidap penyakit jantung.

c33

3) Boleh melawan diabetis

Kajian di Itali pulak tahun 2005, dia cakap coklat boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan kurangkan risiko diabetis. Tapi! janganlah korang makan coklat seharian. Mentang-mentang boleh kurangkan diabetis. Ewah. Makan agak-agak lah ya!

c44

4) Boleh melindungi kulit

Sebenarnya coklat gelap baik untuk kulit korang. ‘Flavonoid’ iaitu sejenis antioksidan ditemui dalam coklat gelap. Ia boleh melindungi kulit korang daripada kerosakan UV dan matahari. Sekarang ni cuaca panas lain macam sikit kan?

c55

5) Boleh mengelakkan batuk

‘Theobromine’ ialah sejenis ramuan dalam coklat yang mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Uhuk! Uhuk! Tiba-tiba rasa nak ‘batuk’. Haha

c66

6) Boleh memberikan mood yang baik

Duduk tepi pantai, angin sepoi-sepoi gitu sambil menikmati kemanisan coklat. Hmmmm nikmat betul rasanya

c77

7) Boleh mengenyangkan perut

Coklat ni kaya dengan fiber so korang akan rasa kurang lapar nanti. Yummyyy. Untuk pengetahuan korang, 1 sudu coklat asli hanya ada 12 kalori dan mengandungi kaffeine. 1 auns coklat bersamaan 23mg kaffeine. But! No worries lah korang. 1 bar coklat ada 100mg  kaffeine bersamaan 1 cawan kopi.

P/s : Korang kalau nak beli coklat kat market, korang kena pastikan yang kandungan coklat tu mesti 70% atau lebih.           Sebab kat market sekarang ni banyak bahan-bahan tambahan lain macam gula, butter yang boleh                                   meningkatkan kadar kalori. So hati-hati masa nak beli coklat tu.

Baca juga Berat Turun Cepat Dengan Menu Tengahari Ini 

2 thoughts on “Rahsia Kebaikan Coklat Ramai Yang Tidak Tahu

  1. Pingback: Rahsia Kebaikan Coklat Ramai Yang Tidak Tahu - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *