Idea Hebat Lelaki Ini Elak Orang Suka Berhutang

Idea-Hebat-Lelaki-Ini-Elak-Orang-Suka-Meminta-Hutang
Kredit gambar daripada FB Tn Jafni

Pernah tak kita berhadapan dengan individu yang menghadapi masalah kewangan, lantas mereka mengambil jalan pintas dengan berhutang? Masa meminta untuk berhutang, kebiasaan si penghutang rasa bersemangat dan yakin dia pasti mampu membayar kembali dengan kadar segera. Tapi, apa yang berlaku selepas memperolehi wang adalah luar dari jangkaan.

Worst case, suatu hari, si pemiutang ada komitment lain serta memerlukan duit untuk kegunaan harian mereka. Tapi, situasi itu mungkin tidak menjentik hati penghutang untuk membayar kembali dengan kadar segera.

Pemiutang biasanya rasa malu untuk mengutip kembali hutang. Dan si penghutang pula dengan lagak selamba dan tanpa rasa apa, senyap seribu bahasa, tidak memberi jaminan bila akan membayar hutang si polan.

Pemberi hutang rasa malu disebabkan sikap penghutang yang menutup mulut tanpa tindakan untuk “follow up” bila akan membayar kembali hutang.

Keadaan seperti ini merupakan penyakit berbahaya dalam masyarakat. Sikap suka berhutang membuatkan individu terbabit menjadikan ianya kebiasaan harian, malah mungkin tahap keberhutangan makin meningkat apabila tidak mampu membayar kembali. Hanya disebabkan masalah kewangan yang sentiasa berulang dan tidak pernah putus.

Saya sendiri tidak pernah mengambil serius mengenai penyakit masyarakat ni. Sehinggalah waktu shooting rancangan letsduit 2016 May yang lepas. Berborak santai bersama Tn Jafni Bakar, idea hebat beliau memberi impak yang luarbiasa dalam hidup saya. Hihi. Owh, siapa Tn Jafni? Beliau adalah:

  • Seorang penerbit, penulis, pengarah tv komersial (nama glemer Mat Jepp)
  • Bekas pensyarah dan pengarah seni
  • Penulis sambilan majalah maskulin 2004- 2006
  • Mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang kreatif dan rancangan TV
  • Pencetus idea dalam pelbagai program di TV3, 8TV, TV9, NTV7 ( Spices route musim ke 7, Jom ronda bersama proton, My starz LG1, Songket journey to remember, Nikmatnya Malaysia, dan banyak lagi)
  • Telah menerbitkan lebih dari 100 rancangan TV dan video pemasaran internet untuk pelanggan korporat, stesen tv kerajaan dan juga swasta\
  • Banyak lagi. Kalau listkan semua sampai tahun depan belum tentu habis. Hihi

Idea Hebat Lelaki Ini Elak Orang Suka Meminta Hutang

1 cara terbaik beliau bila berhadapan dengan orang yang cuba untuk berhutang adalah,  jangan beri wang sebagai hutang. Tapi, beri wang anda sebagai ganjaran/upah.

Ganjaran dengan cara? Si polan dikehendaki membuat dan menyiapkan sebarang kerja/tugasan dari anda. Kemudian wang ganjaran diberi sebagai upah menghargai usaha dan kerja mereka. Alah, senang cerita ianya dikira sebagai express part time job.

Kerja tu hanya sebagai syarat saja untuk lihat usaha mereka.

Mereka dapat income, tidak berhutang. Malah anda pula tak perlu lagi menghadapi keadaan serba salah bila ingin meminta hutang kembali. Sebab anda telah memberi wang anda sebagai ganjaran atas hasil kerja mereka. Anda senang hati, mereka pula lega hati kerana boleh menampung sedikit bebanan kewangan yang dihadapi.

Psikologi manusia bila berusaha mendapatkan sesuatu mereka akan lebih menghargainya. Sebaliknya bila mereka dengan mudah ingin berhutang, kesedaran untuk membayar semula mungkin berat bagi mereka.

Idea hebat Tn Jafni ini menjentik fikiran dan persepsi saya dalam mengubah penyakit masyarakat. Semoga anda juga terinspirasi mengamalkan budaya seperti ini.

Baca Juga Cara Dapat Duit Balik Jika Ditipu Peniaga Online

Respons Pembaca

berkata tentang ini

6 comments

  1. Pingback: Idea Hebat Lelaki Ini Elak Orang Suka Meminta Hutang - Best Blogger Network
  2. Pingback: Idea Hebat Lelaki Ini Elak Orang Suka Berhutang - Best Blogger Network
  3. Pingback: Cuba Lihat David Teo Dari Aspek Perkongsian Rezeki - Best Blogger Network
  4. Pingback: 4 Cara Sebenar Untuk Wanita Pikat Si Lelaki - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *