Hutang, senang meminjam, tapi liat nak membayar balik. Kalau meminjam pada bank memang tanpa segan silu bank akan remind sehari sekali untuk mengingatkan penghutang membayar hutang-hutangnya. Bagaimana pula jika kawan anda sendiri yang berhutang dengan anda? Agak segan juga lah untuk anda menuntut kembali duit anda daripada kawan anda itu lagi-lagi jenis yang buat-buat tak faham.
Tidak dinafikan memang ada yang betul-betul lupa untuk membayar hutang itu tapi ada juga yang buat-buat lupa. Jadi di sini saya cuba kongsikan cara minta kawan bayar hutang anda dengan cara yang indirect.
1. Gaji berapa haribulan ye, dah masuk belum?
Soalan ini biasanya akan mendorong pemiutang untuk ingat kembali hutang yang perlu dibayar.
2. Bank call tadi remind aku untuk bayar hutang bulan lepas katanya tertunggak sebulan.
Ayat penyata seperti ini boleh menjadikan kawan anda tersipu-sipu malu dengan hutang tertunggaknya.
3. Pinjam RM10 boleh? Aku lupa nak cucuk duit kat ATM tadi. Nanti aku bayar balik.
Sekiranya kawan anda minta anda bayar balik RM10 itu, katakan padanya untuk tolak jumlah hutangnya pada anda.
4. Risau pulak kalau tak dapat bagi parents aku duit bulan ni, harap cukup la gaji bulan ni.
Memancing emosi kawan anda biasanya menjadikan ingatan kawan anda aktif.
5. Jom tengok wayang, ko belanja.
Selain dari tengok wayang boleh juga ajak makan.
Sebenarnya ada banyak lagi cara dan trick untuk anda memicu ingatan dan pemikiran kawan anda untuk membayar hutangnya kepada anda. Asalkan jaga adab dan tidak mendatangkan pergaduhan. Mungkin anda boleh kongsikan cara minta kawan bayar hutang yang lebih kreatif dan terbukti berhasil di ruangan komen. Jom layan video 15 Alasan Tak Nak Bayar Hutang oleh Lawak Sentral.
Kepada penghutang, anda boleh lakukan perubahan. Zaman sekarang banyak cara untuk tambah pendapatan. Jadikan segala situasi yang menekan anda sebagai titik tolak anda berubah kepada yang lebih baik.