Huawei Ascend Mate7 4100maH battery capacity

6 Smartphone Bateri Tahan Lama

Teknologi smartphone semakin hari semakin berkembang. Boleh dikatakan setiap minggu ada model terkini smartphone dari pengeluar alatan telekomunikasi di seluruh dunia. Dari spesifikasi pemproses, kamera dan rekabentuk yang semakin cantik dan menawan. Tetapi kebanyakan pengeluar smartphone ini seperti tidak mementingkan kapasiti bateri yang sesuai untuk keupayaan tempoh hayat penggunaan smartphone yang mereka keluarkan itu adakah ianya menepati ciri-ciri yang mereka tampilkan untuk masa penggunaan yang lama dan optimum atau tidak. Ini kerana kapasiti bateri smartphone hari ini kebanyakkannya tidak boleh bertahan lama bagi penggunaan yang kerap.

Kesannya sering kita lihat kebanyakkan pengguna smartphone ini membawa bersama Powerbank ke mana-mana mereka pergi. Sepertinya mereka membawa lebih dari satu device untuk memastikan mereka boleh terus menggunakan smartphone mereka. Pasaran Powerbank terus trending pada masa ini kerana rata-rata kebanyakkan smartphone terkini hanya mempunyai kapasiti bateri antara 1500mAh ke 3000mAh tidak dapat menampung hayat penggunaan yang lebih lama.

6 Smartphone Bateri Tahan Lama

Bagi mereka yang tidak suka membawa ‘bebanan’ semata-mata untuk memanjangkan jangka hayat smartphone mereka dalam satu hari, saya mencadangkan beberapa smartphone yang mempunyai bateri berkapasiti 4000mAh yang mampu menampung penggunaan berat dan dapat bertahan lebih dari 1 hari.

1. Lenovo P70, Bateri 4000mAh

long lasting smartphone, 4000mAh battery capacitybaca juga : Lenovo P70 Bapa Segala Ketahanan Bateri

2. Lenovo K80, bateri 4000mAh

long last smartphone lenovo k80

3. Huawei Ascend Mate7, Bateri 4100mAh

Huawei Ascend Mate7 4100maH battery capacity

4. Huawei P8max, bateri 4360mAh

Huawei P8max malaysia price

5. Lenovo Vibe Z2 Pro, bateri 4000mAh

Lenovo Vibe Z2 Pro Malaysia price

6. Lenovo S860, bateri 4000mAh

lenovo s860 malaysia

Kebiasaannya, kebanyakan smartphone yang mempunyai bateri berkapasiti 4000mAh keatas ini mampu bertahan selama 2 hari dengan penggunaan kerap. Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada PowerBank yang berat buat masa ini. 🙂

Respons Pembaca

berkata tentang ini

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *