Cara Tentukan Jenis Pelan Atkins

Diet Atkins?

Pertama kali dengar diet atkins, saya buat tak tahu sebab saya fikir ia diet yang biasa. Rupa-rupanya, diet ni senang je nak buat asalkan ada jadual pemakanan yang tepat dan paling penting kena kuatkan ‘iman’ korang apabila nampak makanan yang sedap-sedap! Fuhh..

Tapi saya boleh bagi jaminan yang diet atkins ni sihat dan terutamanya boleh menurunkan berat badan bagi sesiapa yang terlebih berat badan. Contoh yang berjaya lakukan diet atkins ni ialah ProfHariz, Prof Hariz ni agak terkenal tau! Kalau korang tak percaya, pergi ”stalk” biodata dia dan ramai lagi yang berjaya lakukan diet atkin ni! Tahniah pada yang berjaya! Yeahh!

Nampak tak? Kalau mereka yang berat 100+kg boleh dapatkan berat ideal,takkan kita yang berat 80+kg tak boleh buat? Come on guys.. Bangun dari tidur tu. Sampai bila nak simpan lemak yang tak sihat tu?

Penjelasan diet atkins dah ada kan?

Bukti pun dah ada kan?

So?

Nak turunkan berat badan tak?

Macam mana caranya?

Mula-mula korang kena ikut langkah ni ya!

Cara Tentukan Jenis Pelan Atkins

Mula-mula masuk ke laman web atkins dan tentukan jenis pelan atkins 20 atau 40 (pelan pemakanan atkins ada 2). Atkins 20 untuk yang terlebih berat dan jadual makan lebih “strict” berbanding Atkins 40. Saya pelan Atkins yang ke 20. Hihihi.

Ada 4 fasa dalam diet atkins. Korang rujuk kat gambar bawah :

Sumber dari www.atkins.com
Sumber dari www.atkins.com

Korang ‘wajib’ ikut jadual pemakanan yang dipaparkan kalau nak cepat turunkan berat badan. Senaman? Tak payah buat pun takpe tapi kalau sesiapa yang  lagi cepat nak dapatkan berat yang ideal kenalah buat senaman ya! Oh ya, jangan lupa berdoa kepada yang Maha-Esa. Itu pun penting.

Diet Atkins bukan taknak bagi korang dapat kalori dari karbohidrat, tapi ia mengehadkan jumlah karbohidrat dan kalori dari karbohidrat. Masa fasa induksi Atkins, korang kena ada 20g had karbohidrat sehari. Itu dah cukup atau lebih dari cukup untuk keperluan sehari nutrisi dan mineral yang diperlukan badan.

Apabila korang bergerak ke fasa yang seterusnya, korang boleh makan lebih banyak jumlah karbohidrat. Tu je.. Tapi korang kenalah tahan masa fasa induksi tu ya! Tapi ingat! Korang kena hadkan jumlah karbohidrat dalam makanan. Kalau tak, sia-sia je lah korang tahan makan masa induksi. Ingat! Jom sama-sama kurus!

 Baca Juga Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap

5 thoughts on “Cara Tentukan Jenis Pelan Atkins

  1. Pingback: Cara Tentukan Jenis Pelan Atkins - Best Blogger Network
  2. Pingback: Cara Buat Nuget Ayam Sendiri Di Rumah Lebih Jimat - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *