Lagu Gerua (Dilwale) Versi Arab Sangat Mengasyikkan

Demam Dilwale masih belum berkesudahan rupanya. Mungkin kerana faktor pemasaran filem ini yang dilakukan bertubi-tubi sebelum tayangan pada 23 Disember 2015 menjadikan demam ini berpanjangan. Ditambah dengan pelakon utamanya Shah Rukh Khan dan Kajol yang sememangnya sudah mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Lagu Gerua (Dilwale) Versi Arab Sangat Mengasyikkan

Lagu-lagu tema Dilwale, Janam Janam dan Gerua menjadi siulan peminat filem ini termasuk peminat drama Korea (salah sorang kawan saya). Tak cukup dengan lagu versi asal, kini Gerua dinyanyikan pula dalam bahasa Arab dengan tajuk Telagena. Boleh tahan sedap.

Selain versi bahasa Arab, ada juga Gerua versi Bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Alif Aziz dan Kilafairy bertajuk Warna Cinta. Mungkin ini salah satu cara pemasaran yang dilakukan oleh pihak filem Dilwale untuk menjadikan Dilwale antara filem fenomena di seluruh dunia. Ada tak versi lain selain Arab dan Melayu ni?

2 thoughts on “Lagu Gerua (Dilwale) Versi Arab Sangat Mengasyikkan

  1. Pingback: Shila Amzah Rakam Cover Lagu Janam Janam - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *