5 Ciri Sebenar Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

Sering kita dengar pepatah ‘perigi mencari timba’ kan?

Wahai gadis, kalau anda mahukan lelaki yang anda gemari jadi anda kena jaga perilaku & anda kena tahu ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki tersebut. Bukan main terjah saja. Lelaki paling tidak suka pada wanita yang agak ‘gelojoh’ ni. Haha

5 Ciri Sebenar Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

Di sini, saya ingin kongsikan ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan setiap lelaki.

1. Rupa paras

Kebanyakan lelaki memilih wanita kerana rupa paras. Tapi, pilihan tu hanya sementara untuk mereka. Walaupun berwajah cantik, tapi perangai buruk tak semenggah, situasi ni akan buat lelaki lari dari menghampiri. Sebab sikap kita menentukan kita cantik ataupun tidak. Bukan lagi rupa paras semata.

2. Kebersihan

Hemm, takpelah kalau selekeh camni, sekali petik pun ramai lagi yang nak.

Ya, memang rupa paras dan penampilan bukan lagi menjadi pilihan utama para lelaki tapi daripada rupa paras jua, mereka akan beri persepsi pertama tentang sifat wanita tersebut. Contohnya wanita yang tidak menjaga kulit muka (berjerawat, kulit kusam, terlalu selekeh dan sebagainya), si lelaki akan fikir yang anda bukan seorang yang pembersih. Wajah atau penampilan selekeh membuatkan persepsi lelaki pada wanita berubah 100%. Kita mestilah nak orang beri persepsi terbaik bukan? Hehe. Jadi, jaga kebersihan ok?

Baca Juga 4 Cara Pikat Lelaki Yang Awesome

3. Agama

Satu lagi faktor tambahan bilamana si wanita bijak dalam perihal agama. Ini menjadikan lelaki lebih tenang dan mudah untuk memilih anda sebagai suri hati mereka.

4. Pandai masak

Ramai wanita yang mengatakan bahawa dia akan pandai masak dengan sendirinya apabila sudah kahwin.

Ya, memang betul tapi  untuk anda yang rajin memasak saja akan pandai masak.

Bagi yang malas masak alamatnya kurus keringlah bakal suami. Jadi, lelaki memang lebih tertarik pada wanita yang pandai masak sebelum kahwin. Malah antara impian terbesar lelaki adalah untuk mencari pasangan yang mahir dalam masakan.

5. Senyuman

Muka aku biasa jer, mana ada aku masam. Kau jangan sibuklah nak tegur muka aku – kata seorang wanita

Senyuman! Sangat penting!

Lelaki gemar pada wanita yang suka senyum, tak kiralah pada siapa pun.

Kadang-kadang muka tak berapa cun tapi suka senyum boleh mencairkan hati lelaki. Jadi silakan senyum. Senyuman tu kan sedekah, dapat pahala lebih. Hihi

Amalkan lah 5 ciri-ciri yang saya bagi di atas.

Confirm si lelaki tersebut suka!

Yang penting anda kena banyak berdoa dalam urusan jodoh dan berusaha untuk memperbaiki diri dan melengkapkan kualiti sebagai seorang wanita. Kemudian, bersedialah untuk mengharungi alam rumahtangga. Huhu.

Baca juga Gaun Pantul Cahaya Yang Simple Tersangat Superb

2 thoughts on “5 Ciri Sebenar Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

  1. Pingback: 5 Ciri Sebenar Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *