Filem ‘Who Am I’ Tentang Hacker Paling Dicari di Eropah

review filem who am i

Bagi yang meminati filem hacker, inilah filemnya. Saya berkesempatan menonton filem Jerman (menggunakan bahasa Jerman) berkenaan dunia Penggodam Komputer. Pada mulanya saya sangkakan ianya cerita tentang hacking komputer yang biasa-biasa, tetapi sebenarnya filem ini lebih dari itu. Ia menceritakan tentang sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka CLAY (Clown Laugh at You) yang menggodam sistem komputer di Jerman untuk kemasyhuran.

Benjamin merupakan seorang yang nerd dan bekerja sebagai penghantar Pizza. Di dunia luar Benjamin mempunyai keyakinan diri yang rendah tetapi di dalam dunia siber Benjamin adalah seorang yang sangat hebat, seperti Superhero. Ya! Benjamin seorang yang genius menggodam sistem komputer.

Baca juga : Deadpool, Jangan Bawa Budak Kecil Menonton. Memang Tak Boleh pun.

Benjamin bersama rakan lainnya Max, Stephne dan Paul menggodam komputer hanya untuk kemasyhuran dan mendapat kredit dari idola mereka penggodam lagenda, MRX. Apabila MRX seperti tidak menyedari kehebatan CLAY ini, maka mereka bercadang untuk menggodam sesuatu yang lebih besar, iaitu Federal Intelligence Service (Germany).

Jalan cerita makin menarik apabila Benjamin menyerah diri kerana demi menyelamatkan kawan-kawannya dari diburu oleh pihak kerajaan kerana telah menggodam Federal Intelligence Service (Germany). Namun Akhirnya Benjamin didapati mempunyai penyakit Multiple Personality Disorder.

Anda tidak akan menyangka jalan cerita filem ini. Ia disusun dengan penuh babak saspen dan membuatkan fikiran anda Zig dan Zag. Dikatakan filem Who Am I ini berdasarkan cerita sebenar. Keseluruhan filem memang terbaik. Saya bagi bintang penuh. Dasyat rupanya filem Jerman ni.

Cuti-cuti ni banyak masa nak layan movie, lepas ni mungkin pergi bercuti pulak ke Bali, dengar cerita banyak hotel best di sana.

One thought on “Filem ‘Who Am I’ Tentang Hacker Paling Dicari di Eropah

  1. Pingback: Filem ‘Who Am I’ Tentang Hacker Paling Dicari di Eropah - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *