7 Fakta Ubat Gigi Ini Akan Membuatkan Anda Berfikir

Rata-rata masyarakat menjadikan ubat gigi sebagai satu alat keperluan harian yang memang tak boleh dipisahkan. Dan kebanyakan ubat gigi yang menjadi pilihan semestinya yang berjenama terkenal dan berbau wangi apabila digunakan. Pernah juga sesekali kecoh 1 Malaysia apabila wujudnya kempen boikot ubat gigi jenama XXX atas sebab barangan itu merupakan edaran masyarakat tertentu. Kemudian bermulalah episod menyokong barangan tempatan. Tapi, bagi kami alasan itu adalah berat sebelah dan tidak berkesan selepas beberapa ketika. Masyarakat hanya fokus pada faktor-faktor sedemikian dan melupakan tentang 7 fakta sebenar tentang ubat gigi, yang mana mereka akan fikirkan 1000 kali sebelum guna.
KEBURUKAN-UBAT-GIGI-FLUORIDA
Masih ramai tidak sedar bahawa ubat gigi mempunyai kesan jangka panjang yang merbahaya untuk anda. Kandungan Fluoride di dalamnya sangat merbahaya dan jujur kami katakan setiap kali kami ingin mencari ubat gigi, antara 1 perkara yang kami titikberatkan ialah kandungan fluoride. Dan boleh dikatakan semua jenama ada fluoride kecuali jenama tertentu  (contohnya jenama tempatan, tapi produk mereka kelihatan sukar didapati di pasaran serta kurang mendapat sambutan). Jadi, apakah 6 fakta yang serius yang perlu anda ambil perhatian tentang ubat gigi ini?

1 Memudaratkan kesihatan fizikal secara perlahan

Fluorida akan mengakibatkan tulang anda rapuh dan merendahkan kemampuan IQ anda secara perlahan, tanpa anda sedari langsung.
Di Amerika sendiri  90% bekalan air mereka mengandungi Sodium Fluorida. Ini termasuklah di dalam makanan dan minuman juga. Sebab itulah, anda digalakkan agar mempunyai water filter sendiri untuk menjaga kualiti air.
pineal-gland-banner
Sumber gambar pixabay.com

2 Merosakkan potensi mata ke-3 atau digelar sebagai pineal gland

Fungsi Mata ke-3 atau lebih dikenali sebagai pineal gland sangat hebat. Pineal Gland terletak di tengah otak anda. Antara fungsinya seperti menghasilkan hormon yang mengawal corak tidur, mempengaruhi perkembangan seksual dan menentukan kemampuan kesedaran spiritual anda juga. Apabila Pineal gland anda menyerap fluorida, potensi pineal gland akan merosot. Kemampuan kesedaran spiritual juga anda akan berkurangan.

3 Penggunaan berlebihan akan mengakibatkan gigi rosak

Seawal usia 0-8 tahun, pengambilan fluorida berlebihan kan mengakibatkan fluorisis gigi, iaitu kecacatan dalam enamel gigi (senang cerita gigi rosak)
Pernah tak anak anda gemar makan ubat gigi berbanding menggunakan untuk gosok gigi? Antaranya seperti Codomo Lion, rasa sedap kan? Heheh

baby-gosok-gigi-banner

Baca Juga Kenapa Makan Beralaskan Daun Pisang Sangat Bergaya. Ada 9 Sebab Utama Anda Perlu Baca

4 Menjadi racun berbahaya pada anak kecil

 Tabiat anak kecil yang suka menelan ubat gigi berbanding memberus gigi akan menjadi racun kepada anak anda.
Ubat gigi jenama “Colgate for kids” mengandungi kandungan fluorida (143 mg) . Kuantiti itu mencukupi untuk membunuh seorang kanak-kanak yang mempunyai berat bawah 30kg

5 Tidak membunuh bakteria, hanya mewangikan mulut anda

Ubat gigi langsung tidak membantu membunuh bakteria sepenuhnya, malahan hanya memudaratkan. Bau wangi tu sebab nak bagi anda rasa sedap hati sahaja.
Kajian terbaru mendapati bahawa minyak kelapa ternyata boleh membantu menghapuskan bakteria dalam mulut. Nantikan artikel ini kemudian ok? Hehe

6 Salah satu faktor kanser mulut dan ulser

Ada sesetengah individu akan mengalami masalah ruam di sekitar mulut disebabkan ubat gigi. Ianya biasa akan berlaku pada wanita berusia sekitar 20 – 50 tahun. Kesan paling teruk yang lain adalah kanser mulut dan ulser.

7 Air berfluorida merbahaya untuk pesakit buah pinggang

Kajian terbaru mendapati bahawa air berfluorida boleh menyebabkan masalah tulang pada pesakit buah pinggang.

Artikel kami berdasarkan kajian pembacaan di internet dan sumber-sumber luar juga. Kami menitikberatkan isu ubat gigi kerana serius ingin memperbaiki semula potensi pineal gland. Pineal gland sangat penting untuk kesihatan fizikal dan juga spiritual. Teramat-amat penting. Harap fakta ini membantu anda. Untuk rujukan lanjut, anda boleh buat kajian lebih lagi.

NEXT STORY Jika Anda Cuba Kempiskan Perut Dengan Jus Detox Lemon, Ada 9 Sebab Lain Kenapa Anda Perlukannya

One thought on “7 Fakta Ubat Gigi Ini Akan Membuatkan Anda Berfikir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *