11 Maksud Bacaan Dalam Solat Yang Wajib Anda Tahu Dan Kongsikan Bersama

Bismillah.. Sebelum bermula bicara, kami ingin bermadah kejap lah. Ini hanya persepsi kami tentang sikap kebanyakan rakyat Malaysia sendiri. Tak payah jauh-jauh nak tengok..Hehe. Rata-rata umat Islam sekarang masih ramai yang ditindas, masih ramai yang teruk akhlaknya, kurang cinta kasihnya. Walaupun mereka solat 5 waktu sehari semalam. Tapi kenapa? ( artikel milik magicalips )

Pernahkah anda terfikir 

“kenapa dia solat 5 waktu ,tapi mulut kuat gosip?”

” kenapa dia sangat arif dalam agama, tapi fikirannya masih lagi negatif? “

“Kenapa dia solat 5 waktu sehari semalam, tapi masih lagi tidak menjadi orang yang berjaya dalam hidupnya, masih lagi malang hidupnya?”  

 “Kenapa aku susah nak khusyuk dalam solat? “

Itu antara persoalan-persoalan yang sering kami dengar sebenarnya. Banyak lagi persoalan yang lain. Kami yakin ada di antara kalian akan mempersoalkan sebegini. Terutamanya pada mereka-mereka yang cukup solat 5 waktu. Bukan..Bukan salah solat, bukan salah anda.(artikel milik magicalips ) Tapi hanya kerana anda tidak kisah ataupun tidak pernah tahu ataupun tidak peduli langsung tentang maksud bacaan dalam solat itu sendiri.
Anda solat tapi hanya terkumat-kamit membaca tanpa memahami. Lantas, bagaimana segala yang dibaca itu akan meresap dalam hati?? Tahukah anda, besar manfaatnya jika anda memahami apa maksud dalam bacaan solat?( artikel milik magicalips ) Antaranya, akan menentukan bagaimana akhlak dan fikiran anda dalam kehidupan harian. Anda baca, anda faham, anda hayati. InshaAllah kehidupan anda seharian dan hari seterusnya pasti baik-baik saja. 
Pentingnya maksud bacaan dalam solat. Ada 11 kesemuanya iaitu: 
1. Takbiratul-Ihram/Takbir


Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al- Fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

4. Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya

 6. Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

 7. Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara 2 sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

9. Bacaan ketika tahiyat awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika  tahiyat akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

 11. Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Leave a Reply