Pelajar Cipta Aplikasi Chat ditawar Google 50K Usd

Kecoh dikatakan berkenaan spam yang diterima oleh seorang pelajar sekolah. Mati-mati ingat betul. Tapi, sebenarnya bukan mustahil pun nak dapat lamaran dari Google.

coker Chat inventor

Antara jalan cerita di media ialah:

Selepas 5 bulan berusaha mencipta aplikasi Coker Chat, Yusrim Karim, pelajar SMK Merpati Sandakan mendapat tawaran daripada pihak Google samada untuk bekerja dengan projek nilai Usd 36 juta ataupun menerima wang tunai bernilai USD 50,000 ( RM185K +). Menurut dakwaan , saudara Yusrim atas inisiatif dan kreativiti telah mencipta aplikasi mesej internet yang disertakan dengan terjemahan bahasa. Aplikasi di mana pengguna boleh berkomunikasi serata dunia mengikut bahasa masing-masing. Idea aplikasi ini merupakan idea ke-14 dihantar ke Google. (Sumber TheMalayMailonline)

Baca Juga Wanita Histeria Diserang Mayat Hidup. Pengsan Akibat Terlampau Takut

Sebenarnya jika anda mula mempelajari cara buat aplikasi, tak kira lah aplikasi game, edit gambar ke, apa-apa sahaja sekalipun. Ada rezeki, memang syarikat gergasi seperti Facebook & Google akan cari anda. Macam sebelum ni, ada individu yang cipta aplikasi game menjana pendapatan ratusan ribu sehari. Sehari sahaja tau. Applikasi whatsapp dibeli facebook dengan harga? Haa.. Berbelas billion USD bukan? Dan banyak lagi lah.

Jika anda seorang yang kreatif dan mempunyai banyak idea, ini antara cara anda untuk menjana pendapatan maksima. Banyak lagi cara buat duit online yang tak ramai dedahkan secara besar-besaran. Kami sedar tentang potensi apps ini sejak dahulu lagi, tapi apakan daya, belum mahir untuk buat aplikasi lagi. Hehe.

Walau bagaimanapun, berita ini adalah palsu semata-mata dan telah pun dinyatakan di beberapa portal online termasuk Astro Awani. Dengar khabar, pelajar tersebut hanya mengenakan cikgunya sempena April Fool. Tapi, betul atau tidak bukan fokus utama. Cuma saya ingin menyatakan tentang potensi besar untuk menambah pendapatan secara online.

Baca Lagi 25 Wajah Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia. Tengok Gambar Paling Akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *